• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KPN Tekad Patah Cubaan Hidupkan Ideologi PKM

oleh
14/12/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador bertekad mematahkan sebarang cubaan menghidupkan kembali Parti Komunis Malaya (PKM) atau ideologi komunis di negara ini.

Katanya, Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan sentiasa memantau sebarang cubaan merancang pertemuan atau perjumpaan dirasakan mempunyai kaitan dengan PKM atau penyebaran maklumat secara sulit berhubung ideologi itu.

Sambil menyuarakan keyakinan cubaan menghidupkan sebarang komuniti dengan ideologi komunis, sama ada kecil atau besar akan dapat dihapuskan, beliau bagaimanapun berharap semua pihak memberi kerjasama dan maklumat bagi memerangi usaha sedemikian.

“Saya akan pastikan PKM tidak wujud lagi di Malaysia, tekad saya memastikan tiada sebarang usaha atau cubaan menghidupkan lagi kumpulan itu kerana ia bukan sesuatu yang baik. Ramai sudah terkorban kerana mempertahankan tanah air daripada PKM ini pada era 1970-an dulu,” katanya kepada BH.

Beliau juga memberi amaran kepada pihak yang cuba mempertahan atau mempunyai perancangan menghidupkan kembali PKM supaya membatalkan hasrat.

“Tindakan itu bakal mencetuskan lagi suasana tidak harmoni dalam kalangan rakyat kita yang berbilang bangsa dan agama.

“Selama ini, kita boleh lihat bangsa Melayu, Cina, India, Sikh, Kadazan, Bidayuh, Iban dan Orang Asli bersatu padu, bekerjasama dan hidup harmoni. Kenapa perlu ada usaha untuk hidupkan PKM?

“PDRM tidak akan berdiam diri dan akan ambil tindakan mengikut peruntukan undang-undang sedia ada terhadap kumpulan atau individu yang cuba menganjurkan sebarang perjumpaan berkaitan PKM,” katanya. – BH Online

Tags: Abdul Hamid Badorideologi komunisKetua Polis Negaraparti komunis malaya
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Polis Siasat Komplot Jatuhkan Kerajaan, Sabotaj Kestabilan Negara – Mohd Khalid

Polis Siasat Komplot Jatuhkan Kerajaan, Sabotaj Kestabilan Negara – Mohd Khalid

27/02/2026
0

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan menerima satu laporan polis dan kini sedang menjalankan siasatan berhubung dakwaan konspirasi...

Ketua Polis Negara Bantu Mangsa Kemalangan

Ketua Polis Negara Bantu Mangsa Kemalangan

16/01/2025
0

KUALA LUMPUR - Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, menghulurkan bantuan kepada seorang penunggang motosikal yang terbabit dalam kemalangan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd