• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, February 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KPM Tidak Bercadang Hapus Hutang PTPTN 50%

oleh
17/12/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) tidak bercadang untuk menghapuskan hutang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sebanyak 50 peratus kepada semua penghutang PTPTN.

Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching berkata sekiranya insentif itu hendak dilaksanakan, kerajaan perlu membelanjakan sebanyak RM29 bilion iaitu 50 peratus daripada keseluruhan pinjaman yang telah dikeluarkan kepada peminjam.

“Jumlah ini adalah bersamaan dengan jumlah peruntukan untuk menaja 1.2 juta peminjam baharu sehingga tamat pengajian.

“KPM perlu memberi perhatian terhadap penambahbaikan pengurusan pinjaman secara keseluruhan,” katanya ketika sesi penggulungan Rang Undang-undang Perbekalan 2020 peringkat kementeriannya, pada persidangan Dewan Negara di sini Isnin malam.

Menyentuh tentang pendidikan Orang Asli, Teo menjelaskan KPM menerima pencalonan seramai 133 calon guru Orang Asli untuk mengikuti pengajian di institut pendidikan guru (IPG).

Namun hanya 25 calon diterima masuk setelah mengambil kira keputusan Ujian Kelayakan Calon Guru dan keperluan semasa bagi memenuhi unjuran keperluan untuk bidang Bahasa Melayu dan bimbingan kaunseling.

“Kementerian akan terus memastikan murid berkeperluan khusus, seperti murid Orang Asli dan Penan mempunyai peluang untuk mendapatkan pendidikan yang berkualiti dan relevan dengan keperluan mereka,” katanya.

Sementara itu Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Mohd Azis Jamman berkata sebanyak 6,821 permohonan kewarganegaraan daripada pemohon berketurunan India telah diterima berdasarkan rekod Jabatan Pendaftaran Negara dari 2014 hingga 30 November lepas.

“Daripada jumlah itu, seramai 3,676 pemohon telah dianugerahkan kewarganegaraan Malaysia manakala yang lain masih dalam proses penelitian, semakan dan ada dokumen yang masih tidak lengkap dan faktor lain,” katanya.

Tags: hutang PTPTNKPMPTPTNTeo Nie Ching
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

KPM Junjung Titah Yang Di-Pertuan Agong

KPM Junjung Titah Yang Di-Pertuan Agong

19/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan (KPM) menjunjung kasih atas titah Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, yang menyentuh mengenai pendidikan negara sempena...

KPM Kaji Keperluan Kembalikan UPSR, PT3

KPM Kaji Keperluan Kembalikan UPSR, PT3

09/01/2026
0

PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan (KPM) akan mengkaji semula keperluan untuk mengembalikan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) serta Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3)....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd