• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 26, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kos Beli Vaksin Pendatang Asing Akan Diumumkan

oleh
16/12/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Kos perbelanjaan untuk membeli bekalan vaksin bagi disuntik kepada pendatang asing di negara ini akan diumumkan bila tiba masanya, kata Timbalan Menteri Kesihatan, Dr. Lee Boon Chye.

Beliau berkata, kementeriannya akan mengadakan perbincangan dengan Tabung Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengenai perkara itu, pada minggu hadapan.

“Buat sementara waktu kita lebih menumpukan kawalan polio dan seterusnya mungkin perlu mengkaji keperluan vaksin penyakit lain,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan program ‘Placemaking Festival 2019’ di Dewan Konvensyen GRC di sini, hari ini.

Semalam, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, Kementerian Kesihatan (KKM) akan cuba mendapatkan kerjasama daripada kerajaan Filipina untuk mendapatkan vaksin memandangkan negara itu memperoleh bekalan vaksin yang lebih murah.

Pada minggu lepas, media melaporkan seorang bayi lelaki berusia tiga bulan dari Tuaran, Sabah dijangkiti virus polio, iaitu kes pertama selepas 27 tahun Malaysia bebas daripada penyakit itu.

Dalam pada itu, Dr. Lee berkata, kementeriannya kini lebih menumpukan pemberian suntikan vaksin kepada pendatang asing termasuk warganegara di Sabah.

“Di Sabah khususnya di kawasan pesakit polio berlaku, kita telah buat vaksinasi 100 peratus untuk warganegara Malaysia dan asing.

“Kita juga telah berbincang dengan UNICEF dan WHO dan kita harap kita boleh memperluaskan vaksin ini meliputi kanak-kanak tanpa dokumen sebab bukan setakat melindungi kanak-kanak warga asing tetapi juga kanak-kanak warga Malaysia,” katanya.

Ketika ditanya sama ada KKM akan mandatori suntikan imunisasi kepada kanak-kanak, beliau berkata, setakat ini tiada keperluan untuk perkara itu.

“Selepas usaha pendidikan dan penerangan diberi kepada ibu bapa kadar vaksinasi meningkat dan telah mencapai 95 peratus ke atas.

“Jadi ini bermaksud komuniti di Malaysia telah dapat perlindungan daripada penyakit dan boleh dielak melalui vaksin. Jadi buat sementara waktu tiada keperluan untuk kita wajibkan vaksin,” katanya.

Tags: pendatang asingUNICEFVaksinwho
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

KPN Tekad Patah Cubaan Hidupkan Ideologi PKM

Next Post

Tiada Rakyat Malaysia Terjejas Gempa Bumi Di Filipina

Related Posts

Lebih 7.2 Juta Orang Terutama Kanak-kanak Berisiko Lemas Menjelang 2050 – WHO

Lebih 7.2 Juta Orang Terutama Kanak-kanak Berisiko Lemas Menjelang 2050 – WHO

14/12/2024
0

LONDON - Kadar kematian lemas global menurun 38 peratus sejak 2000, namun lebih 7.2 juta orang kebanyakannya kanak-kanak, masih berisiko...

Pharmaniaga Labur RM300 Juta Bangun Kilang Pengeluaran Insulin, Vaksin

Pharmaniaga Labur RM300 Juta Bangun Kilang Pengeluaran Insulin, Vaksin

19/09/2024
0

PUCHONG: Pharmaniaga Bhd melabur sebanyak RM300 juta bagi membangunkan kilang pengeluaran insulin, biosimilar dan vaksin pertama buatan tempatan. IKUTI CHANNEL...

Next Post

Tiada Rakyat Malaysia Terjejas Gempa Bumi Di Filipina

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd