• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 30, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kilang Senjata Api Pertama Di Malaysia Dengan Kerjasama Turki

oleh
19/12/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Anak syarikat milik penuh Koperasi Polis Diraja Malaysia (KPDRM), KOP Mantap Berhad mengorak langkah setapak lagi dalam industri keselamatan dan pertahanan negara apabila menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan sebuah syarikat pembuat senjata api terkemuka di Turki iaitu TISAS-TRABZON.

Pada majlis tersebut, Pengerusi KOP Mantap Berhad, Datuk Seri Ayub Yaakob dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan KOP Mantap Berhad, Datuk Iskandar Datuk Abdul Malik bertukar MoU bersama Pengerusi TISAS TRABZON, Ahmet Alemdaroglu dan Timbalan Pengerusi TISAS-TRABZON, Abdullah Ardem.

Majlis pertukaran MoU itu diadakan sempena KL Summit 2019 dan disaksikan oleh Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan di Putrajaya semalam.

Melalui perjanjian berkenaan, sebuah kilang pembuatan dan pemasangan senjata api yang pertama di Malaysia bakal dibangunkan melalui pertukaran teknologi daripada TISAS-TRABZON kepada KOP Mantap Berhad dengan kerjasama IDC Technologies Sdn. Bhd.

“Projek ini bertujuan untuk memastikan bekalan senjata api untuk kegunaan anggota keselamatan sentiasa mencukupi sekali gus mengurangkan kebergantungan terhadap negara luar,” kata KOP Mantap Berhad dalam kenyataan akhbar semalam.

Selain itu, menurut KOP Mantap Berhad, projek berkenaan juga menyasarkan pasaran antarabangsa khususnya negara-negara Asean.

“KOP Mantap Berhad juga akan melakukan penyelidikan dan pembangunan (R&D) mengikut teknologi semasa serta menyediakan latihan kepada penggiat dalam industri ini,” katanya.

TISAS

  • Syarikat pembuatan senjata api Turki
  • Ditubuhkan pada 1993 di Trabzon
  • Hasilkan pistol, rifel dan aksesori senjata api
  • Digunakan secara meluas di serata dunia
  • Fatih 13 merupakan pistol pertama dikeluarkan
Tags: KOP MantapKPDRMsenjata apiTISAS-TRABZONTurki
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Negara Islam Perlu Capai Status Maju Untuk Kuat – Mahathir

Next Post

Tindakan Ganas Tidak Kurangkan Islamofobia – Mahathir

Related Posts

Dua Lelaki Warga Taiwan Didakwa Perdagang Senjata Api, Miliki Peluru

Dua Lelaki Warga Taiwan Didakwa Perdagang Senjata Api, Miliki Peluru

10/02/2025
0

Kuala Lumpur : Dua lelaki warga Taiwan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini, atas tiga pertuduhan...

TERKINI: Suspek Serang Balai Polis Ulu Tiram Mahu Rampas Senjata Api – KPN

TERKINI: Suspek Serang Balai Polis Ulu Tiram Mahu Rampas Senjata Api – KPN

17/05/2024
0

JOHOR BAHRU : Suspek yang menyerang Balai Polis Ulu Tiram, di sini awal pagi tadi membuat persediaan dengan memakai pelindung...

Next Post

Tindakan Ganas Tidak Kurangkan Islamofobia - Mahathir

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd