• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ketua Armada Tanjung Malim Maut Kemalangan Jalan Raya

oleh
31/12/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TAPAH – Ketua Armada Bersatu Tanjung Malim, Luth Ishak, maut selepas kenderaan dinaiki terlibat dalam kemalangan jalan raya dengan sebuah lori, di Kilometer 315, Lebuhraya Utara Selatan arah selatan di sini, awal pagi ini.

Ketua Polis Daerah Tapah, Supt. Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, dalam kemalangan kira-kira pukul 6.15 pagi itu, Luth, 34, yang duduk di bahagian penumpang hadapan kenderaan pacuan empat roda jenis Mitsubishi Triton, maut di lokasi.

Katanya,  kemalangan dipercayai berlaku, apabila lori yang membawa muatan telur ayam dan kekacang dalam perjalanan ke selatan, menukar haluan dari lorong kanan ke lorong kiri, sebelum melanggar bahagian kanan Mitsubishi Triton.

“Pemandu Triton seorang lelaki mengalami cedera ringan, dua lagi penumpang belakang termasuk seorang anggota Unit Ronda Bermotosikal Ibu Pejabat Polis Daerah Tapah cedera parah, manakala pemandu lori patah kaki kiri,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Wan Azharuddin berkata, mayat Luth dibawa ke Unit Forensik Hospital Tapah untuk bedah siasat, dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Tags: armada bersatukemalangan mautLebuhraya Utara Selatan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer menyokong tindakan tegas yang telah diambil terhadap pemandu kereta dipercayai memandu dibawah...

Pemandu Kereta Rempuh Motosikal Di Bawah Pengaruh Alkohol, Dadah

Pemandu Kereta Rempuh Motosikal Di Bawah Pengaruh Alkohol, Dadah

30/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemandu kereta jenis Honda City yang merempuh seorang penunggang motosikal hingga menyebabkan kematian pagi tadi dipercayai memandu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd