• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kes Adib: Keputusan Rayuan Komital Peguam Negara 28 Januari

oleh
25/12/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan 28 Januari depan untuk keputusan permohonan rayuan Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas berhubung prosiding komital yang difailkan bapa anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim terhadapnya pada 16 Julai lepas.

Hakim Datuk Meor Hashimi Abd Hamid menetapkan tarikh tersebut selepas mendengar keterangan dan hujahan daripada pihak berkaitan berhubung kes berkenaan.

Ia susulan pada 27 Ogos lepas, Koroner Rofiah Mohamad membenarkan prosiding komital itu didengar di Mahkamah Koroner di sini sebelum Peguam Negara memfailkan rayuan di Mahkamah Tinggi terhadap keputusan tersebut, dua hari kemudian.

Bagi permohonan rayuan itu, Tommy melantik dua peguam swasta mewakilinya iaitu Zainur Zakaria dan Datuk S. Ambiga selain Peguam Kanan Persekutuan, S. Narkunavathy serta Markiranjit Kaur manakala keluarga Muhammad Adib diwakili peguam Mohamed Haniff Khatri Abdulla.

Ambiga ketika ditemui pemberita selepas prosiding hari ini berkata antara hujahan dikemukakan pihaknya adalah mempertikaikan kelewatan keluarga Muhammad Adib memfailkan permohonan komital (menghina mahkamah) terhadap Peguam Negara berkaitan inkues kematian anggota bomba tersebut.

“Permohonan untuk komital difailkan pada Julai manakala kenyataan (Peguam Negara) itu dibuat pada 23 Mei 2019, iaitu dua bulan kemudian.

“Untuk prosiding menghina mahkamah, mereka memfailkan terlalu lewat,” katanya.

Sementara itu, Mohamed Haniff berkata pihaknya telah kemukakan hujahan berkaitan permohonan komital itu dan berpuas hati dengan hujahan yang dikemukakan.

Pada 16 Julai lepas, bapa Muhammad Adib, Mohd Kassim Abdul Hamid memfailkan permohonan perintah komital terhadap Tommy kerana menghina mahkamah berkaitan prosiding inkues bagi mencari punca kematian anaknya.

Permohonan ex-parte itu dibuat melalui Tetuan Mohd Zubir Embong & Associate di Pejabat Pendaftar Mahkamah Koroner.

Muhammad Adib, 24, yang juga anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Balai Bomba dan Penyelamat Subang Jaya, cedera parah dalam rusuhan di tapak Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya pada 27 November tahun lepas dan menghembuskan nafas terakhir pada 17 Disember di Institut Jantung Negara.

Tags: Muhammad AdibPeguam Negaraprosiding komitalTommy Thomas
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Peguam Negara Arah Terus Rayuan Kes Syed Saddiq, Terima Apa Jua Keputusan Akhir Mahkamah Persekutuan

Peguam Negara Arah Terus Rayuan Kes Syed Saddiq, Terima Apa Jua Keputusan Akhir Mahkamah Persekutuan

17/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Peguam Negara mengarahkan rayuan akhir pendakwaan terhadap pembebasan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman daripada sabitan...

TERKINI: Peguam Negara Gagal Ketepikan Prosiding Semakan Kehakiman Titah Adendum Najib

TERKINI: Peguam Negara Gagal Ketepikan Prosiding Semakan Kehakiman Titah Adendum Najib

13/08/2025
0

PUTRAJAYA: Peguam Negara gagal mengetepikan keputusan Mahkamah Rayuan membenarkan Datuk Seri Najib Razak memulakan prosiding semakan kehakiman bagi perintah memaksa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd