• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerani Rugi RM230,000 Ditipu ‘Bakal Suami’ Di WeChat

oleh
10/12/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

LABUAN – Seorang kerani operasi luar pesisir mengalami kerugian RM230,000 selepas ditipu ‘bakal suaminya’ yang dikenali menerusi WeChat.

Ketua Polis Labuan, Superintendan Muhamad Farid Ahmad berkata, wanita berusia 30 tahun itu termakan dengan kata-kata manis daripada seorang lelaki yang dikenalinya sejak 2017.

Muhamad Farid berkata, berdasarkan siasatan awal, suspek seorang lelaki berumur 27 tahun dari Kuala Penyu, Sabah mendakwa dirinya seorang juruterbang AirAsia dan seorang ahli perniagaan telah berjanji akan mengahwini mangsa.

“Bagaimanapun, suspek memberitahu wanita itu dia menghadapi masalah kewangan dan memerlukan bantuan mangsa,” katanya.

Beliau berkata, tanpa merasa curiga, mangsa memutuskan untuk membantu suspek dan membuat beberapa transaksi perbankan berjumlah RM230,000 ke dalam akaun suspek.

“Bagaimanapun, tidak lama selepas menerima wang berkenaan, suspek memutuskan perbualan WeChat mereka membuatkan mangsa menyedari telah ditipu dan bertindak membuat laporan polis pada Ahad lepas,” katanya.

Katanya, suspek kemudian berjaya ditahan sepasukan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah Komersial diketuai oleh Asisten Superintendan Haslinah Hassan dengan bantuan orang awam pada jam 2.05 petang hari yang sama di Kompleks Ujana Kewangan.

Suspek kini disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu dan akan didakwa di mahkamah Jumaat ini.

Tags: Kes PenipuanSabahwechat
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Beberapa Guru Nyaris Hilang Nyawa Akibat Brek Keretapi Gagal Berfungsi Dalam Kejadian Di Sabah, Pagi Tadi

Beberapa Guru Nyaris Hilang Nyawa Akibat Brek Keretapi Gagal Berfungsi Dalam Kejadian Di Sabah, Pagi Tadi

03/03/2026
0

Oleh Mynewshub  TENOM: Sebuah keretapi yang membawa beberapa guru dari Sekolah Kebangsaan Pangi, Tenom dilaporkan mengalami masalah brek gagal berfungsi...

Jangan Kejar Agenda Peribadi, Amaran Hajiji Kepada Setiausaha Politik Baharu Dilantik

Jangan Kejar Agenda Peribadi, Amaran Hajiji Kepada Setiausaha Politik Baharu Dilantik

18/12/2025
0

KOTA KINABALU: Ketua Menteri , Datuk Seri Hajiji Noor memberi amaran kepada setiausaha politik di negeri ini supaya tidak menyalahgunakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd