• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kenapa Tommy Tarik Balik Selepas Diugut Rafizi?

oleh
10/12/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Bukan sahaja pengamal undang-undang malah rakyat biasa terkejut dengan apa yang berlaku antara Peguam Negara dan Rafizi Ramli.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hairan kenapa selepas Rafizi membuat kenyataan kemudiannya Tan Sri Tommy Thomas pula akur.

Menurut beliau, Rafizi dalam kenyataannya kecewa kenapa AG boleh mengggunakan kuasa beliau menarik balik kes Lim Guan Eng tetapi sebaliknya mengarahkan Jabatan Peguam Negara (AGC) membuat rayuan terhadap keputusan mahkamah yang memihak kepada beliau.

“Hasilnya AG menarik balik notis rayuan yang telah difailkan di mahkamah dan menyalahkan Peguam AGC pula kerana menfailkan Notis Rayuan tanpa kebenaran beliau sedangkan adalah merupakan prosedur biasa setiap kes yang AGC kalah, AGC akan terus memaklumkan kepada mahkamah mereka akan membuat rayuan terhadap keputusan tersebut sementara menunggu nota alasan penghakiman oleh hakim.

“Apakah AG tidak faham prosedur AGC sendiri atau cuba menyelamatkan diri dengan “mengkambing hitamkan” peguam AGC?” soal Ismail Sabri dalam kenyataannya hari ini.

Yang jelas daripada kes itu ialah kenyataan dari Naib Presiden PKR bahawa AG telah menggunakan kuasa beliau untuk menarik balik dan membebaskan Guan Eng dari tuduhan dan mengapa tidak megggunakan kuasa yang sama untuk membatalkan rayuan terhadap kesnya.

Ismail Sabri juga mempersoalkan apakah AG menggunakan kuasanya untuk menarik balik rayuan terhadap kes itu setelah diugut oleh Rafizi dan ini merupakan peristiwa sangat malang kepada sistem perundangan negara.

Tambahnya AG ditugaskan menjadi pengawal dan pelindung kepada kedaulatan undang-undang dan rule of law tetapi rakyat kini nampak AG telah menjadi orang yang melanggarnya pula.

“Harapkan pagar, pagar makan padi. Ini bukanlah pertama kali AG gagal menjaga kedaulatan undang-undang, malah berkali-kali sehingga kes di mahkamah melibatkan kes Arwah Adib, Yang Arif Hakim memutuskan supaya tindakan menghina mahkamah terhadap beliau.

“Rakyat tidak lagi dilindungi oleh undang-undang lagi. Kes Rafizi melibatkan kerahsiaan klien bank. Kesalahan di bawah undang-undang BAFIA. Jika kerahsiaan klien bank tidak lagi dijamin, siapa lagi nak mempercayai bank kita? Kerahsiaan klien atau client’s secrecyadalah perkara asas hubungan bank dan klien.

“Jika perkara ini tidak dapat melindungi bank dan pelanggan mereka, maka ini menjadilan system kerahsian bank sudah jadi tidak selamat lagi. Perkara ini boleh memberi kesan kepada masa depan industri perbankan di Malaysia. Kes terbaru ini jelas membuktikan kegagalan kerajaan PH.

“Rule of law tidak ada lagi di Malaysia. Inilah Malaysia Baru. Kedaulatan undang-undang telah mati di Malaysia,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

Tags: BafiaPeguam NegaraRafizi RamliTommy Thomas
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Rafizi Persoal Ketepatan Angka Defisit Fiskal Negara

Rafizi Persoal Ketepatan Angka Defisit Fiskal Negara

26/01/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Rafizi Ramli mempersoalkan ketepatan angka defisit fiskal negara dengan alasan bahawa bayaran...

Peguam Negara Arah Terus Rayuan Kes Syed Saddiq, Terima Apa Jua Keputusan Akhir Mahkamah Persekutuan

Peguam Negara Arah Terus Rayuan Kes Syed Saddiq, Terima Apa Jua Keputusan Akhir Mahkamah Persekutuan

17/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Peguam Negara mengarahkan rayuan akhir pendakwaan terhadap pembebasan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman daripada sabitan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd