• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, February 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kementerian Kesihatan Lanjut Kontrak Pharmaniaga

oleh
18/12/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kontrak syarikat konsesi pembekal ubat-ubatan dan peralatan perubatan, Pharmaniaga Logistic Sdn. Bhd. (Pharmaniaga) dengan Kementerian Kesihatan yang berakhir 30 November lalu dilanjutkan selama 25 bulan.

Ini bagi membolehkan peralihan kepada syarikat baharu dapat berjalan lancar, persidangan Dewan Negara diberitahu hari ini.

Timbalan Menteri Kesihatan, Dr. Lee Boon Chye, berkata selain melancarkan proses peralihan yang akan dibuat menerusi tender terbuka, perlanjutan kontrak berkenaan juga bagi memastikan bekalan ubat dan peralatan tidak terputus.

“Kontrak tamat pada 30 November dan sudah dilanjutkan selama 25 bulan supaya kita boleh buat peralihan.

“Peralihan dibuat agar semua 700 jenis ubat tersebut (yang dibekalkan oleh Pharmaniaga) akan dibuat secara tender terbuka dan membolehkan kita mendapatkan bekalan ubat dan sebagainya.

“Dari segi logistik telah diputuskan untuk dilanjutkan kepada lima tahun. Oleh itu saya rasa tidak bangkit isu berkenaan dari segi bekalan ubat kepada fasiliti di bawah kementerian,” katanya menjawab soalan Senator Rahimah Mahamad pada sesi pertanyaan jawab lisan.

Beliau berkata Pharmaniaga berperanan mengendalikan kira-kira 700 senarai ubat-ubatan yang merupakan senarai pra-kelulusan serta membekalkan logistik bagi keperluan semua ubat dan bekalan kepada semua fasiliti di bawah kemeneterian itu.

Menjawab soalan Senator Datuk Abdul Ghani Mohamed Yassin mengenai kajian terhadap klinik desa untuk dinaik taraf oleh kementerian itu, Dr Lee berkata naik taraf klinik desa kepada klinik kesihatan adalah perancangan kementerian bermula dalam Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11) namun ia akan dilaksanakan mengikut keutamaan dan bergantung kepada kedudukan kewangan semasa kerajaan.

“Naik taraf klinik desa kepada klinik kesihatan juga akan melibatkan penambahan bilik-bilik rawatan, peralatan perubatan dan anggota kesihatan sesuai dengan keperluan klinik tersebut dalam mengimbangi pertambahan populasi serta kedatangan pesakit,” jelasnya.

Tags: Kementerian Kesihatanpharmaniaga
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pharmaniaga Labur RM300 Juta Bangun Kilang Pengeluaran Insulin, Vaksin

Pharmaniaga Labur RM300 Juta Bangun Kilang Pengeluaran Insulin, Vaksin

19/09/2024
0

PUCHONG: Pharmaniaga Bhd melabur sebanyak RM300 juta bagi membangunkan kilang pengeluaran insulin, biosimilar dan vaksin pertama buatan tempatan. IKUTI CHANNEL...

Harjeet Singh Dilantik KSU Kementerian Kesihatan

11/04/2022
0

PUTRAJAYA : Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan), Kementerian Kesihatan , Datuk Harjeet Singh dilantik sebagai Ketua Setiausaha (KSU), kementerian berkenaan yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd