• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 29, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jawatankuasa Penyelaras Muafakat Nasional Ditubuh Januari

oleh
27/12/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Piagam Muafakat Nasional yang dimeterai 14 September lalu semakin menampakkan hala tuju dengan tertubuhnya jawatankuasa pelaksana di peringkat negeri dan Parlimen pada Januari depan.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, penstrukturan Jawatankuasa Penyelaras Muafakat Nasional peringkat negeri dan Parlimen itu telah dipersetujui untuk dianggotai secara bersama oleh ketua parti masing-masing.

Menurutnya, menerusi itu juga PAS dan UMNO sebenarnya ke arah menyusun langkah awal sebagai persiapan menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) meskipun tarikh sebenarnya masih belum diketahui lagi.

“Sekiranya pihak luar melihat Piagam Muafakat Nasional antara kami tidak menunjukkan sebarang perkembangan itu satu pandangan yang kurang tepat. Kita ada penyusunan yang berstrategi…Kita akan keluarkan arahan nanti.

“Kita teruja melihat sambutan terhadap Muafakat Nasional menerusi program dijalankan termasuk juga sokongan moral dan sebagainya. Dalam masa terdekat kita akan menstrukturkan Muafakat Nasional di peringkat negeri dan Parlimen,” katanya kepada media hari ini.

Terdahulu, beliau menghadiri program Back To School, Gunting Rambut Percuma Antara Kaum anjuran Lajnah Perpaduan Nasional PAS Kawasan Kota Bharu yang turut dihadiri Pengerusinya, Nor Azariza Mohd Alawi di Dataran Cheng Ho di sini.

Dalam pada itu Takiyuddin berkata, di peringkat negeri ia akan dipengerusikan secara bersama oleh Pengerusi UMNO negeri dan Pesuruhjaya PAS negeri serta terdapat jawatankuasa tertentu.

“Di Parlimen pula jawatankuasa pelaksana untuk bahagian dan kawasan dipengerusikan bersama oleh Ketua Bahagian UMNO dan juga Yang Dipertua PAS kawasan itu.

“Sekteriat Bersama juga akan diwujudkan di peringkat pusat yang diketuai Setiausaha Agung UMNO dan Setiausaha Agung PAS manakala peringkat negeri dipengerusikan bersama Setiausaha Perhubungan UMNO dan Setiausaha PAS,” katanya.

Mengulas lanjut Takiyuddin berkata, barisan pelaksana terbabit diwujudkan sebagai persiapan menghadapi pilihanraya di samping penganjuran pelbagai program, daftar pemilih termasuk juga pengumpulan dana.

“Ini yang kita gerakkan. Dahulu PAS dan UMNO masing-masing buat kerja sendiri, sekarang kita bersama, ada jawatankuasa bersama. Boleh dikatakan tabung kewangan bersama,” katanya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Kota Bharu tersebut juga memaklumkan, UMNO dilihat tidak menghadapi masalah meskipun parti itu dikatakan tidak banyak menganjurkan program berikutan kekurangan dana.

“Saya melihat negeri yang dikuasai PAS tiada masalah, tetapi di negeri lain, nampaknya UMNO banyak menerima pakai cara PAS termasuk mengutip sumbangan derma semasa program.

“Rakyat dan ahli PAS pun memberikan sumbangan. Ini menunjukkan rakyat bukan sahaja membantu menggerakkan parti tetapi dari segi kewangan apabila menyedari parti menghadapi masalah kewangan disebabkan pembekuan akuan dan sebagainya,” katanya. – Sinar Harian

Tags: muafakat nasionalPASTakiyuddin HassanUMNO
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Janji PRU14 Pun Belum Tunai, PH Buat Pula Masalah Lain

Next Post

Elaun BIPK: Mahu Dengar Cakap Guan Eng Atau Syed Saddiq?

Related Posts

Kes Rasuah ADUN Sabah: UMNO Beri Kepercayaan Kepada SPRM – Zahid

Kes Rasuah ADUN Sabah: UMNO Beri Kepercayaan Kepada SPRM – Zahid

24/06/2025
0

KOTA KINABALU: UMNO memberikan kepercayaan penuh kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk mengendalikan kes dua Ahli Dewan Undangan Negeri...

UMNO Belum Terima Usul Tarik Balik Penggantungan Keahlian Hishammuddin – Azalina

UMNO Belum Terima Usul Tarik Balik Penggantungan Keahlian Hishammuddin – Azalina

23/06/2025
0

SHAH ALAM: Semua UMNO Bahagian berhak menyuarakan usul dan pandangan masing-masing termasuk berhubung penarikan semula penggantungan keahlian Datuk Seri Hishammuddin...

Next Post

Elaun BIPK: Mahu Dengar Cakap Guan Eng Atau Syed Saddiq?

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd