• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jangkitan Polio Merebak Di Selatan Filipina

oleh
10/12/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) mendedahkan penularan semula jangkitan polio juga merebak di selatan Filipina.

Pendedahan itu menyusul selepas kes seorang bayi lelaki berusia tiga bulan dari Tuaran, Sabah, dikesan dijangkiti virus polio dikenali ‘circulating vaccine-derived polio’ (cVDPV) Jenis 1, selepas 27 tahun Malaysia bebas daripada jangkitan itu.

Jangkitan itu disahkan melalui jenis virus dikenal pasti dalam ujian dijalankan Makmal Rujukan Polio Serantau WHO di Melbourne, Australia, Jumaat lalu hingga hari ini, selepas bayi terbabit dijangkiti demam dan lumpuh.

WHO dan UNICEF dalam kenyataan bersama hari ini, menjelaskan jangkitan berkenaan hanya berlaku apabila sesebuah populasi tidak mendapatkan suntikan imunisasi yang semakin meruncing dengan ia boleh mengakibatkan pesakit mengalami lumpuh atau kematian.

Katanya, WHO dan UNICEF kini membantu Malaysia melalui nasihat teknikal berhubung tindak balas jangkitan, pemantauan dan sokongan bagi komunikasi risiko.

“Ibu bapa dan penjaga dinasihatkan supaya memastikan anak masing-masing, khususnya berusia di bawah lima tahun mendapatkan suntikan vaksin bagi perlindungan sepenuhnya.

“Vaksin polio adalah sangat selamat dan penyumbang kepada 99 peratus penurunan kes jangkitan berkenaan di seluruh dunia,” katanya.

Filipina sebelum ini mengumumkan penularan jangkitan polio di negara berkenaan, pada 19 September lalu.

Di Malaysia, vaksin polio diberikan sejak 1972. Program imunisasi polio berjaya membasmi kes polio di Malaysia dengan kes terakhir dikesan pada 1992, selain diisytihar negara bebas polio pada 2000.

Sementara itu, wakil WHO di Malaysia, Dr. Ying-Ru Lo dan wakil UNICEF di Malaysia Marianne Clarke-Hattingh, menegaskan WHO bersama UNICEF menyokong Kementerian Kesihatan dalam memastikan semua kanak-kanak dan bayi di Malaysia menerima suntikan vaksin polio.

“Ia bagi mengelak penularan semula penyakit berkenaan selain perlu meletakkan keutamaan untuk menghentikan penyebaran jangkitan berkenaan secara menyeluruh,” katanya.

Info:

  • Kes polio terakhir di Malaysia berlaku pada tahun 1992.
  • Malaysia bersama negara Rantau Pasifik Barat diisytiharkan bebas penyakit polio pada Oktober 2000.
  • Kewujudan vaccine-derived poliovirus (VDPV) boleh memberi risiko jangkitan kepada pelawat.
  • Individu dijangkiti polio boleh menyebarkan virus kepada orang lain dalam tempoh satu hingga dua minggu selepas gejala muncul.
Tags: jangkitan polioselatan filipinaUNICEFvirus poliowho
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

AS Tolak Pindaan Peraturan Kesihatan WHO

AS Tolak Pindaan Peraturan Kesihatan WHO

19/07/2025
0

WASHINGTON - Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat mengumumkan penolakan terhadap pindaan peraturan kesihatan antarabangsa yang diterima pakai oleh Pertubuhan Kesihatan...

Lebih 7.2 Juta Orang Terutama Kanak-kanak Berisiko Lemas Menjelang 2050 – WHO

Lebih 7.2 Juta Orang Terutama Kanak-kanak Berisiko Lemas Menjelang 2050 – WHO

14/12/2024
0

LONDON - Kadar kematian lemas global menurun 38 peratus sejak 2000, namun lebih 7.2 juta orang kebanyakannya kanak-kanak, masih berisiko...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd