• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Imej X-Ray Telefon Bimbit Asli – Saksi

oleh
16/12/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Seorang saksi kes pembunuhan Ketua Pegawai Eksekutif Cradle Fund Sdn. Bhd., Nazrin Hassan, mengesahkan imej x-ray telefon bimbit yang diambilnya tidak boleh diubah suai.

Saksi ke-16 pendakwaan, Pengusaha Kanan Bomba II Rosdiyana Sudarto, berkata sehari selepas kejadian kebakaran di bilik utama rumah Nazrin, beliau diberikan satu telefon bimbit jenis Blackberry oleh Pegawai Bomba Abdul Halim Zulkefeli yang juga saksi pendakwaan ke-15 untuk dibuat pengimejan bagi mendapatkan struktur dalam alat elektronik terbabit.

Katanya, pengimejan telefon bimbit itu dilakukan dengan menggunakan mesin XRS-200 X-ray Sources.

“Saya meletakkan telefon bimbit itu di hadapan filem dan memancarkan x-ray dan seterusnya imej akan terhasil pada filem.

“Filem itu kemudian akan diimbas menggunakan mesin pengimbas dan imej x-ray telefon bimbit akan terhasil di komputer,” katanya ketika memberi keterangan di hadapan Hakim Datuk Ab Karim Ab Rahman, di sini, hari ini.

Rosdiyana yang ketika itu bertugas di Bahagian Penyiasatan Kebakaran Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM), berkata beliau juga ada membuat simpanan peribadi terhadap pengimejan telefon bimbit berkenaan di dalam komputer.

Dalam prosiding sama, saksi itu tidak bersetuju terhadap cadangan peguam bela ketiga-tiga tertuduh, S Suresh, bahawa pengimejan berkenaan sudah diubah suai oleh Abdul Halim.

“Sebab saya yang membantu Abdul Halim untuk mendapatkan imej jelas,” katanya.

Rosdiyana, 32, memberi keterangan terhadap isteri Nazrin, Samirah Nuzaffar, 44, yang juga bekas Eksekutif Kanan di Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO), serta dua remaja lelaki masing-masing berumur 17 dan 14 tahun, didakwa membunuh Nazrin.

Turut didakwa ialah seorang warga Indonesia, Eka Wahyu Lestari yang masih bebas.

Mereka dituduh melakukan kesalahan itu di rumah di Mutiara Homes, Mutiara Damansara, Petaling Jaya antara 11.30 malam pada 13 Jun 2018 dan 4 pagi keesokannya. – BH Online

Tags: CEO Cradle Fundkes pembunuhannazrin hassan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Budak 11 Tahun Saksi Kes Pembunuhan Sendiri

Budak 11 Tahun Saksi Kes Pembunuhan Sendiri

14/11/2023
0

NEW DELHI – Seorang budak lelaki berumur 11 tahun hadir di Mahkamah Agung India untuk meyakinkan panel hakim bahawa dia...

Pembunuhan Kejam Model Hong Kong Abby Choi, Bekas Suami ditahan

Pembunuhan Kejam Model Hong Kong Abby Choi, Bekas Suami ditahan

26/02/2023
0

NEW YORK: Empat orang ditahan berhubung kes pembunuhan kejam model dan pempengaruh Abby Choi, selepas sebahagian anggota badan mangsa yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd