• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Identiti Kampung Baru Akan Dikekalkan – Khalid

oleh
31/12/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kerajaan memberi jaminan identiti Kampung Baru dikekalkan serta terus memartabatkan ciri-ciri kemelayuan dan keislaman yang wujud lebih 100 tahun di tengah ibu kota Kuala Lumpur.

Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abd Samad berkata,, sehubungan itu pihaknya merancang menyediakan beberapa pembangunan khas seperti pusat persembahan Teater Melayu, projek Taman Warisan Melayu selain mengekalkan beberapa bangunan seperti Masjid Kampung Baru dan Kelab Sultan Sulaiman.

“Nama-nama jalan juga dikekalkan…penting bagi kita untuk membangunkan masyarakat Melayu di situ. Kalau di negara lain sekiranya kawasan milik sesuatu kaum tidak dibangunkan, mereka akan mendakwa telah didiskriminasi atau dianaktirikanoleh kerajaan.

“Kita mahu bina satu kawasan penempatan orang Melayu yang moden, lengkap, sempurna, selesa dan tersusun,” katanya ketika menjadi tetamu program Bicara Naratif mengenai Pencapaian Kementerian Wilayah Persekutuan Sepanjang Tahun 2019 disiarkan secara langsung di TV1 Isnin malam.

Khalid berkata pada hujung bulan lepas sehingga pertengahan tahun depan, kementeriannya melakukan pertemuan secara berkumpulan dengan pemilik dan pewaris untuk mendapatkan persetujuan serta menjelaskan tujuan kerajaan membangunkan Kampung Baru.

“Setakat ini kementerian telah menerima maklumat balas daripada 40 peratus penduduk Kampung Baru. Kita mahu memberikan penjelasan tepat kepada penduduk dan pewaris bahawa soal rampas tanah tidak timbul. Saya yakin tawaran yang diberikan adalah cukup baik,” katanya mengenai tawaran sebanyak RM1,000 bagi satu kaki persegi tanah kampung itu.

Dalam pada itu, Khalid berazam agar Pelan Pembangunan Bandaraya Kuala Lumpur 2040 dapat dilaksanakan seperti mana dirancang dalam usaha membetulkan pembangunan yang selama ini tidak mengikut perancangan yang sepatutnya.

“Sebenarnya banyak masalah di Wilayah Persekutuan terutama di Kuala Lumpur, memandangkan terdapat pembangunan tidak mengikut undang-undang atau rancangan induk yang ditetapkan, ada yang tersasar. Jadi sekarang kita nak betulkan keadaan ini dan sudah tentu perubahan yang akan dilakukan nanti akan mendapat bantahan.

“Jika mahu menilai pencapaian sebenar, rasanya masih banyak yang perlu dilakukan dan ia mustahil dilaksanakan dalam tempoh yang singkat. Kebanyakannya ‘sedang dalam pelaksanaan’. Kita harap, tahun 2020 nanti akan lebih banyak pencapaian yang boleh dibanggakan, dengan kadar yang munasabah,” katanya.

Tags: Kampung BaruKhalid SamadMelayu
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

JIM Tahan Empat Pekerja Kedai Makan Di Kampung Baru

JIM Tahan Empat Pekerja Kedai Makan Di Kampung Baru

25/12/2025
0

Kuala Lumpur: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menyerbu sebuah kedai makan terkenal di Kampung Baru, di sini dan menahan empat pekerja...

Pesta Hantu Lapar Di Kemaman Larang Melayu Masuk

Pesta Hantu Lapar Di Kemaman Larang Melayu Masuk

09/08/2024
0

Susulan dasar persembahan lebih ketat di Terengganu, penganjur Pesta Hantu Lapar di Kemaman kini mengeluarkan larangan supaya orang Islam tidak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd