• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, December 6, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Harga Minyak Sawit Naik, India Beralih Minyak Bunga Matahari

oleh
12/12/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

NEW DELHI – Peningkatan berterusan harga minyak sawit berkemungkinan besar memaksa ramai pembeli dari India keluar pasaran pada November dengan belian oleh pengimport terbesar dunia itu jatuh ke paras paling rendah dalam 5 bulan.

Penghantaran jatuh hampir 11% daripada hantaran bulan sebelumnya kepada 696,000 tan.

Ia merupakan kemerosotan bulan kedua dan paling rendah sejak Jun berdasarkan median 5 anggaran kajian yang dijalankan oleh Bloomberg dalam kalangan pemproses, broker dan penganalisis.

Pada November tahun lepas import berjumlah 691,827 tan.

Persatuan Pengekstrak Pelarut (SEA) India dijangka mengeluarkan datanya minggu depan.

Harga minyak sawit, yang merupakan minyak masak paling banyak digunakan di dunia, meningkat lebih 50% sejak Julai susulan kebimbangan mengenai kejatuhan output dan peningkatan permintaan biodiesel, justeru menjadikan penghantarannya ke negara Asia Selatan itu lebih mahal.

Pembelian lebih rendah daripada India akan meningkatkan inventori di negara pengeluar utama seperti Indonesia dan Malaysia yang berpotensi mengekang kenaikan harga.

“Peningkatan harga yang berlaku dengan pantas tidak dijangka oleh pasaran,” kata GG Patel dari GGN Research sebuah syarikat kajian pertanian.

“Beza harganya terlalu besar dan ia mengurangkan import.”

Penanda aras masa depan menokok ke paras paling tinggi berbanding awal 2017 pada Selasa sebelum ditutup mendatar.

Minyak sawit juga mencecah harga pariti dengan minyak soya buat pertama kali sejak 2011, sekali gus mengurangkan tarikannya berbanding minyak lain.

Minyak tropika itu diniagakan pada harga purata AS$112 setiap tan sepanjang tahun lepas.

Pada saat pembelian minyak kacang soya, kebanyakannya dari AS, Brazil dan Argentina merosot kira-kira 58% sejak bulan lepas kepada 160,000 tan, import minyak bunga matahari melonjak 62% kepada 258,000 tan menurut kajian itu lagi.

Jumlah import minyak sayuran jatuh 21% kepada 1.09 tan. – Agensi

Tags: harga Minyak SawitIndiaminyak bunga matahari
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

India Tidak Menjemput China, Pakistan dan Turkiye Ke “International Fleet Review 2026”

India Tidak Menjemput China, Pakistan dan Turkiye Ke “International Fleet Review 2026”

02/11/2025
0

India Tidak Menjemput China, Pakistan dan Turkiye ke “International Fleet Review 2026” New Delhi – Dalam satu langkah yang menarik...

BJP Melakukan Pembersihan Etnik Ke Atas Masyarakat Islam India 

BJP Melakukan Pembersihan Etnik Ke Atas Masyarakat Islam India 

29/10/2025
0

BJP Melakukan Pembersihan Etnik Ke Atas Masyarakat Islam India  Oleh Mynewshub  Istilah pembersihan etnik merujuk kepada usaha sistematik untuk mengusir,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd