• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, July 11, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Harga Minyak Sawit Melonjak Lepasi RM3,000

oleh
26/12/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Harga minyak sawit mentah (MSM) melonjak melepasi paras RM3,000 satu tan untuk ditutup pada RM3,003 dalam dagangan hari ini, paras penutup tertinggi baharu dalam tempoh tiga tahun.

Lonjakan harga itu didorong kebimbangan kekangan bekalan yang menyebabkan pelabur terus membeli lebih banyak komoditi berkenaan menjelang akhir tahun.

Untuk sepanjang tahun ini hingga hari ini, harga komoditi utama negara itu mencatat kenaikan lebih 40 peratus kenaikan apabila dibuka pada RM2,137 satu tan pada 2 Januari 2019, sebelum susut ke paras terendah tahunan iaitu RM1,916 pada 10 Julai 2019 dan terus melantun semula kepada RM3,003 pada penutup semalam.

Dalam dagangan hari ini, harga minyak sawit yang dibuka pada RM2,934 satu tan terus mencatat paras tertinggi harian RM3,008 sebelum ditutup dengan kenaikan 2.74 peratus.

Penganalisis berkata, pelabur kini mulai bimbang setelah terdapat laporan bahawa pengeluaran minyak sawit mentah di negara Asia Tenggara dianggarkan menurun 16.4 peratus pada 1 Disember hingga 20 Disember berbanding bulan sebelumnya.

Persatuan Minyak Sawit Malaysia (MPOA) berkata, pengeluaran ketika ini kira-kira 20 peratus di Semenanjung Malaysia manakala 10.9 peratus di Sabah dan 7.4 peratus di Sarawak.

Kenaikan harga minyak sawit juga didorong peningkatan harga minyak mentah, sekali gus meningkatkan daya tarikan minyak bio tropika itu.

Kebanyakan peserta industri berpendapat, minyak yang majoritinya digunakan dalam makanan dan produk penjagaan diri itu, akan terus kukuh pada 2020.

Menurut kajian yang dijalankan Bloomberg kepada 25 penganalisis, peniaga dan eksekutif perladangan, niaga hadapan komoditi itu secara purata diniagakan pada RM2,600 satu tan pada 2020 berbanding purata RM2,240 tahun ini.

Sementara itu, Ahli Ekonomi OCBC Bank, Howie Lee, berkata wabak demam babi di China; pelaksanaan biodiesel B30 di Indonesia bermula Januari 2020 dan pengeluaran yang rendah akan terus menyokong harga sawit untuk berada pada paras tinggi.

“Pasaran biasanya memerlukan enam bulan untuk membetulkan ketidakseimbangan bekalan-permintaan dan ini menunjukkan harga dijangka terus meningkat pada suku pertama 2020, sebelum terus mengukuh pada suku kedua 2020 dan seterusnya,” katanya dalam nota kajian.

Dalam pada itu, MIDF dalam nota kajiannya berkata, inventori dijangka mencatatkan penurunan terutamanya didorong oleh pertumbuhan pengeluaran yang sederhana dan mandat biodiesel di Indonesia dan Malaysia.

“Ia berikutan pengeluaran yang lemah, terutamanya dasar pengurangan penanaman semula dan pengembangan ladang kelapa sawit yang terhad,” kata agensi penyelidikan itu.

Ia berkata, permintaan daripada negara pengimport minyak sawit dijangka terus kukuh berikutan kerajaan ketika ini melaksanakan promosi penggunaan minyak sawit secara aktif.

“Justeru, MIDF menaik taraf sektor ini kepada neutral dengan ramalan harga bagi 2020 dan 2021 masing-masing pada RM2,450 dan RM2,600,” katanya. – BH Online

Tags: harga minyak sawit mentahminyak sawit mentah
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Bantah Mansuh Elaun BIPK, Syed Saddiq Disaran Letak Jawatan

Next Post

Luahan Hati Nazrin Dikemukakan Di Mahkamah

Related Posts

Tiada Keperluan Guna Biodiesel

07/03/2022
0

KUALA LUMPUR: Tiada keperluan mendesak untuk negara beralih kepada penggunaan biodiesel sawit sepenuhnya, pada masa ini. Untuk jangka masa panjang,...

Minyak Sawit Perlu Dapat Layanan Adil Di Peringkat Global

25/01/2021
0

KUALA LUMPUR - Minyak sawit Malaysia terbukti mengharungi perjalanan sukar terutamanya sejak beberapa tahun ini walaupun negara ini menjadi antara pengeluar...

Next Post

Luahan Hati Nazrin Dikemukakan Di Mahkamah

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd