• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Gunung Berapi New Zealand Meletus, 20 Dikhuatiri Cedera

oleh
09/12/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEKURANG-KURANGNYA 20 orang dikhuatiri cedera apabila gunung berapi White Island di New Zealand meletus pada Isnin.

Menurut kenyataan daripada perdana menteri Jacinda Ardern, dipercayai sekitar 100 orang di mana majoritinya pelancong berada di pulau tersebut ketika kejadian.

Namun jumlah sebenar yang terlibat masih belum dapat dipastikan.

Menurut laporan media tempatan, letusan gunung berapi di pulau yang juga dikenali sebagai Whakaari itu berlaku sekitar jam 2.15 petang.

Menurut pakar volkanologi, Brad Scott yang ditemu bual stesen radio tempatan, letusan itu dilihat mampu memberikan kesan signifikan kepada kawasan sekitar.

“Letusan itu menyaksikan daya letupan yang besar serta memberi impak signifikan kepada pulau dan kawasan utama lantai kawah.

“Bagaimanapun, pulau itu kurang tempat perlindungan… sesiapa yang berada di pulau itu pasti terdedah.”

Operasi menyelamat sedang giat dijalankan sementara amaran Tahap 4 dikeluarkan bagi kawasan terbabit oleh pihak berkuasa.

Pihak polis telah menutup jalan berdekatan dengan kawasan perairan manakala agensi cuaca MetService menyarankan komuniti penerbangan supaya mengelak melalui ruang udara di situ.

Agensi pelancongan membenarkan seramai 10,000 pengunjung ke gunung berapi itu setiap tahun.

White Island pernah meletus pada 2016, namun hanya buat seketika dan tidak menyebabkan sebarang kecederaan. – Agensi

Tags: gunung berapiNew Zealandwhite island
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Gunung Semeru Kembali Aktif, Lahar Panas Paksa Penduduk Pindah

Gunung Semeru Kembali Aktif, Lahar Panas Paksa Penduduk Pindah

26/11/2025
0

Gunung Semeru Kembali Aktif, Lahar Panas Paksa Penduduk Pindah JAKARTA, 26 November 2025 – Gunung Semeru di Lumajang, Jawa Timur...

Gempa Bumi 6.2 Magnitud Landa Barat Daya New Zealand

Gempa Bumi 6.2 Magnitud Landa Barat Daya New Zealand

29/04/2025
0

ISTANBUL - Gempa bumi berukuran 6.2 magnitud menggegarkan kawasan berhampiran bandar Bluff di barat daya New Zealand, lapor Anadolu Ajansi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd