• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Farah Ann, Choon How Olimpian Terbaik 2019

oleh
20/12/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ratu gimnastik negara, Farah Ann Abd Hadi dan atlet wushu, Loh Choon How masing-masing dinobatkan penerima Anugerah Olimpian Terbaik 2019 dalam Majlis Anugerah dan Makan Malam Tahunan Majlis Olimpik Malaysia (MOM) kali ke-26, sebentar tadi. 

Farah dan Choon How masing-masing menerima wang tunai RM10,000 beserta pingat Olimpian tajaan Syarikat Coca-Cola dengan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menyampaikan hadiah.

“MOM adalah badan yang menerajui pembabitan atlet di sukan temasya, majlis ahli lembaga eksekutif sebulat suara memilih mereka atas pencapaian terbaik di Sukan SEA baru-baru ini,” kata Presiden MOM, Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria.

Pada temasya Sukan SEA Filipina baru-baru ini, Farah membuktikan kemampuannya dengan meraih tiga emas dalam acara individu keseluruhan, palang bertingkat dan senaman lantai manakala Choon How menghadiahkan pingat emas pertama kontinjen negara dalam acara Taijiquan. 

Beliau kemudiannya menambah pingat emas dalam acara Taijijian. 

Dalam pada itu, Yang di-Pertuan Agong turut menerima Anugerah Khas Diraja MOM atas pembabitan dan sumbangan Baginda dalam arena sukan tanah air terutamanya bola sepak, hoki dan polo.

Trofi berkenaan dibawa naik ke pentas oleh tiga pemenang pingat Sukan Olimpik, Cheah Soon Kit (Atlanta 1996), Datuk Lee Chong Wei (Beijing 2008, Rio 2016) dan Pandelela Rinong Pamg (London 2012, Rio 2016).

Lagenda badminton negara, Chong Wei kemudiannya menyerahkan trofi berkenaan kepada Norza sebelum diserahkan kepada Baginda. 

Senarai pemenang anugerah

Olimpian: Farah Ann Abd Hadi, Loh Choon How

Trofi IOC: Perbadanan Stadium Malaysia

Dewan Kemasyhuran MOM 

Bekas Pegawai Kebangsaan

1. Almarhum KDYMM Paduka Ayahanda Sultan Haji Ahmad Shah AlMust’in Billah (Bola Sepak)

2. Datuk Sieh Kok Chi (Polo Air & MOM)

3. Datuk Roland Wong Choon Tat (Badminton)

4. Datuk Seri Panglima (B) Abdul Manap Ibrahim (hoki)

Bekas Atlet Kebangsaan: SA Azman (Tenis)

Anugerah Wanita dan Sukan MOM: Toh Puan Zainon Hussein

Anugerah Khas Diraja MOM: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah

Tags: anugerah olimpian 2019Farah Annloh choon how
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Insentif Sukan SEA Dorongan Farah Ann Lebih Berjaya

17/01/2020
0

SHAH ALAM - Ratu gimnas negara menyifatkan pemberian insentif Sukan SEA ke-30 Filipina oleh kerajaan Selangor kepada atlet negeri itu,...

Atlet Wushu Choon How Umum Bersara

20/12/2019
0

KUALA LUMPUR - Selepas mengakhiri tahun ini penuh cemerlang dengan dinobatkan sebagai pemenang anugerah Olimpian Terbaik 2019 malam tadi, atlet...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd