• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, February 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Fara Hezel Sah Bergelar Isteri Orang

oleh
20/12/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Dengan dua kali lafaz, penyanyi, Fara Hezel, 23, sah bergelar isteri kepada Tengku Mohammad Kamal Hishamuddin di Dewan Eksklusif Strand Mall, Kota Damansara, di sini, jam 3.32 petang tadi.

Pada majlis yang dihadiri keluarga terdekat kedua-dua pihak itu, pengantin perempuan menerima mas kahwin RM400 dan wang hantaran bernilai RM20,000.

Kakak kepada penyanyi, Aiman Tino, itu juga menerima 11 dulang hantaran berbalas sembilan.

Pasangan terbabit dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan, Yusri Ishak, dengan disaksikan Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Rujuk Orang Islam, Daerah Petaling, Mohd Khairil Nizam Jaludin.

“Moga detik penutup kepada 2019 yang menjadi saksi penyatuan kami ini akan menghadirkan sisi indah buat saya dan suami pada masa mendatang.

“Ikatan yang terpateri ini juga hadir bersama tanggungjawab besar buat kami berdua. Insya-Allah, kami akan harungi dan melayari bahtera rumah tangga yang baru dibina ini dengan sebaiknya, bersama-sama,” kata Fara atau nama sebenarnya Nurfarazira Yusri.

Menurut penyanyi yang popular dengan lagu Ku Pasrah ini, dia mengenali Kamal, yang memiliki perniagaan sendiri, sejak tiga tahun lalu.

“Saya mula mengenalinya ketika menjayakan sebuah persembahan di Terengganu. Biarpun sudah tiga tahun berkawan, hubungan kami mulai rapat sejak April lalu. Dia pada asalnya rapat dengan Aiman,” katanya.

Pasangan ini akan diraikan dalam majlis resepsi di Kuala Kubu Bharu, esok, diikuti sebuah lagi acara pada 28 Disember di Kuala Terengganu.

Fara dan Kamal bertunang pada 6 Julai lalu. – BH Online

Tags: aiman tinoFara Hezelperkahwinan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kekasih Tolak Perkahwinan, Wanita Larikan Barang

Kekasih Tolak Perkahwinan, Wanita Larikan Barang

15/11/2023
0

AMPANG JAYA: Berang kekasih enggan berkahwin, seorang wanita dipercayai mencuri pelbagai barangan rumah milik teman lelakinya itu yang dianggarkan bernilai...

Aiman Tino Masuk UMNO

Aiman Tino Masuk UMNO

17/03/2023
0

KUALA KUBU BHARU : Penyanyi, Aiman Tino, 25, menyertai UMNO selepas menyerahkan borang keahlian ahli UMNO di Pejabat UMNO Bahagian...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd