• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 2, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dewan Negara Lulus Mansuh Akta Antiberita Tidak Benar 2018

oleh
19/12/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Dewan Negara hari ini meluluskan pemansuhan Akta Antiberita Tidak Benar 2018 (Akta 803) setelah kali kedua dibawa ke persidangan itu.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mohamed Hanipa Maidin ketika sesi penggulungan RUU berkenaan berkata, pemansuhan itu selaras dengan komitmen kerajaan untuk memansuhkan undang-undang zalim serta memastikan pihak media mempunyai kebebasan menjalankan proses semak dan imbang terhadap pentadbiran kerajaan.

“Kezaliman ini sejarah dan kita tak mahu lagi berulang. Kita tidak boleh memperhambakan manusia menerusi undang-undang yang zalim kerana kebebasan adalah yang paling berharga,” katanya.

Akta 803 diluluskan pada 3 April 2018 sewaktu pemerintahan kerajaan terdahulu.

Pemansuhan bagi akta tersebut diluluskan di Dewan Rakyat kali pertama pada 16 Ogos tahun lepas, namun tidak mendapat sokongan di Dewan Negara yang dibuat melalui undi belah bahagian pada 12 September 2018.

RUU itu kemudian sekali lagi dibentangkan di persidangan Dewan Rakyat dan diluluskan pada 9 Oktober lepas.

Sementara itu, ketika ditemui Bernama, Mohamed Hanipa berkata, undang-undang sedia ada sudah mencukupi dan boleh dipinda sekiranya ia tidak mampu untuk menangani isu berita palsu.

Tags: Akta Antiberita Tidak BenarDewan Negara
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Polis Perlu Rakam Percakapan Azilah

Next Post

Menteri Boleh Pakai Otak Sedikit Tak? – Najib

Related Posts

Lulus 26 RUU Dalam Tempoh 12 Hari, Dewan Negara Ditangguh

Lulus 26 RUU Dalam Tempoh 12 Hari, Dewan Negara Ditangguh

19/12/2024
0

Kuala Lumpur: Persidangan Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Parlimen Ke-15 melabuhkan tirai hari ini setelah bersidang selama 12 hari bermula 2...

Dewan Negara Lulus RUU Berkait Insurans Dan Keselamatan Pekerja

Dewan Negara Lulus RUU Berkait Insurans Dan Keselamatan Pekerja

22/07/2024
1

KUALA LUMPUR - Persidangan Dewan Negara pada Isnin meluluskan dua Rang Undang-Undang (RUU) di bawah Kementerian Sumber Manusia (Kesuma), berkaitan...

Next Post

Menteri Boleh Pakai Otak Sedikit Tak? - Najib

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd