• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 24, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Boeing Akan Gantung Pengeluaran Pesawat 737 Max

oleh
17/12/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

WASHINGTON – Syarikat penerbangan Amerika Syarikat, Boeing, pada Isnin berkata ia akan menggantung pengeluaran pesawat jenis 737 Max pada Januari, lapor agensi berita Turki Anadolu. 

“Keputusan ini didorong oleh beberapa faktor termasuk pelanjutan pensijilan sehingga 2020, ketidakpastian mengenai masa dan syarat-syarat bagi kelulusan meneruskan semula perkhidmatan serta latihan global, dan kepentingan untuk memastikan bahawa kita boleh mengutamakan penghantaran pesawat yang tersimpan,” menurut syarikat itu dalam satu kenyataan. 

“Kami akan terus menilai kemajuan kami ke arah meneruskan perkhidmatan dan membuat keputusan mengenai pengeluaran semula serta penghantaran pesawat dengan sewajarnya.” 

Syarikat itu berkata petugas yang terjejas akan meneruskan kerja berkaitan pesawat jenis 737 atau ditugaskan ke pasukan lain buat sementara waktu di wilayah Puget Sound, Washington. 

Model 737 Boeing itu, yang merupakan pesawat terlarisnya, telah didaratkan di seluruh dunia selepas dua nahas udara yang mengorbankan beratus-ratus orang serta menyebabkan syarikat itu kerugian berbilion-bilion dolar.

Pada 10 Mac, Penerbangan ET-302 Ethiopian Airlines terhempas sejurus berlepas dari sebuah lapangan terbang di Addis Ababa, yang membunuh kesemua 157 orang yang berada di dalamnya.

Model pesawat sama turut terbabit dalam nahas pada Oktober 2018 berhampiran Jakarta, Indonesia. Semua 189 orang yang menaiki Penerbangan JT610 Lion Air terbunuh.

Banyak negara mendaratkan model pesawat itu termasuk Amerika Syarikat, Turki, Rusia dan Iran.

Tags: BoeingBoeing 737 MAXpesawat
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Azis Sangkal Dakwaan PH Keluarkan PSS Secara Mendadak

Next Post

“Jika Saya Terlibat, Tak Perlu BN Dakwa Azilah, Sirul” – Najib

Related Posts

Pesawat Patah Balik Kerana Bau Pelik

Pesawat Patah Balik Kerana Bau Pelik

10/05/2024
0

MOSCOW - Pesawat Boeing 747-8 milik syarikat penerbangan Jerman, Lufthansa ke Chicago terpaksa berpatah balik ke Frankfurt pada Khamis akibat...

Sayap Kiri Terbakar, Pesawat Terpaksa Mendarat Cemas

20/06/2022
0

PATNA - Sebuah pesawat komersial yang membawa 185 penumpang terpaksa membuat pendaratan kecemasan di bandar Patna, timur India pada Ahad...

Next Post

"Jika Saya Terlibat, Tak Perlu BN Dakwa Azilah, Sirul" - Najib

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd