• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Beregu Lelaki Raih Emas Selepas 16 Tahun

oleh
10/12/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MANILA – Gandingan Aaron Chia-Soh Wooi Yik berjaya menamatkan kemarau pingat emas selama 16 tahun dalam acara beregu lelaki Malaysia pada temasya Sukan SEA apabila bangkit untuk mengalahkan beregu Thailand, pada final edisi ke-30 di sini, pada Isnin.

Pada penampilan sulung di temasya dwitahunan ini, Aaron-Chia-Soh Wooi Yik melengkapkan hari gemilang skuad badminton negara apabila menewaskan Bodin Isara-Maneepong Jongjit 18-21, 21-15, 21-16 di Kompleks Sukan Muntinlupa di sini.

Lebih manis, kemenangan tersebut merupakan kejuaraan pertama mereka sejak digandingkan pada hujung 2017 serta menjadi tonik terbaik menjelang Kejohanan Jelajah Dunia Akhir BWF di Guangzhou, China, bermula Rabu ini.

Malaysia kali terakhir memenangi emas acara beregu lelaki menerusi gandingan Choong Tan Fook-Lee Wan Wah pada edisi 2003 di Vietnam.Kemenangan Aaron-Wooi Yik itu sekali gus menyaksikan mereka menyumbang emas ketiga skuad negara selepas perseorangan lelaki, Lee Zii Jia dan perseorangan wanita, S. Kisona pada hari terakhir saingan.

“Memang sangat gembira, sebab ini kejuaraan pertama untuk kami. Sesuatu yang amat ditunggu-tunggu selama ini. Kejayaan ini adalah petanda baik bagi menghadapi Jelajah Dunia Akhir BWF di Guangzhou,” kata Aaron kepada media selepas perlawanan itu.

Bagi Wooi Yik, beliau akui pingat emas sulung dalam karier mereka amat bermakna, namun menjelaskan ia tidak diperolehi dengan mudah, memandangkan lawan di pentas final itu memiliki kelebihan tersendiri.

Menurutnya, kekalahan set pertama disebabkan percaturan taktikal dan selepas membuat perubahan dari segi pendekatan, ia membuahkan hasil.

Tags: badmintonPingat EmasSukan SEA Ke-30
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Zii Jia Sertai Skuad Negara Ke Piala Thomas 2024

Zii Jia Sertai Skuad Negara Ke Piala Thomas 2024

12/04/2024
1

PERSOALAN mengenai penyertaan pemain profesional negara, Lee Zii Jia dalam skuad Piala Thomas 2024 terjawab hari ini apabila namanya diumumkan...

Piala Sudirman: Malaysia Singkir Denmark Untuk Ke Separuh Akhir

Piala Sudirman: Malaysia Singkir Denmark Untuk Ke Separuh Akhir

19/05/2023
0

KUALA LUMPUR – Skuad badminton kebangsaan mencapai sasaran mara ke separuh akhir pada saingan Piala Sudirman 2023 di Suzhou, China...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd