• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, February 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Apa Jua Perjumpaan Libatkan PKM Adalah Haram

oleh
03/12/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Apa jua aktiviti membabitkan Parti Komunis Malaya (PKM) termasuk perjumpaan adalah haram dan salah dari segi Undang-undang Akta Pertubuhan di negara ini.

Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berkata, ini disebabkan PKM adalah sebuah pertubuhan yang diharamkan.

Sehubungan itu, katanya, polis perlu menyiasat sama ada mereka yang hadir pada majlis memperingati ulang tahun ke-30 Perjanjian Damai Hat Yai di Kajang kelmarin masih menyokong idealogi komunis.

“Kalau mereka masih menyokong idealogi komunis, maka tak betullah (tak patutlah).

“Sebab mereka ini dulu ahli PKM. Maka ia adalah satu keadaan di mana ‘mewujudkan sejarah’ berkaitan peranan komunis di Malaysia. Siapa yang menganjurkannya (juga) perlu dikenakan tindakan termasuk siasat siapa yang hadir,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Mengenai kehadiran kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Pelek, Ronnie Liu Tian Khiew yang turut hadir pada majlis tersebut, Musa juga meminta perkara itu disiasat walaupun ahli politik itu mendakwa ia sebagai kapasiti peribadi kerana bagi memperingati jasa datuknya.

“Apa jua alasan kita terima. Jika mereka itu saudara, cucu kepada orang yang terlibat dengan komunis, kerana kita tidak menghukum dia. Kita hanya menyatakan ideologi komunis memang tidak boleh diterima oleh rakyat Malaysia. Itu sahaja,” tegasnya. – Sinar Harian

Tags: Musa Hassanparti komunis malaya
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Isteri Musa Hassan Nafi Tular Video Gaduh

Isteri Musa Hassan Nafi Tular Video Gaduh

30/03/2023
0

SHAH ALAM : Isteri bekas Ketua Polis Negara, Puan Sri Elly Afizahwati Abdul Jalil menafikan beliau menyebarkan tiga klip video...

‘Tugas Polis Terima Laporan Dalam Apa Jua Situasi’ – Musa Hassan

‘Tugas Polis Terima Laporan Dalam Apa Jua Situasi’ – Musa Hassan

05/02/2023
0

PUTRAJAYA : Adalah menjadi tugas polis untuk menerima laporan dibuat oleh orang awam dalam apa jua keadaan dan bukan hanya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd