• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Angkat Jawatan Ketua Wanita Setaraf Timbalan Presiden UMNO

oleh
05/12/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Wanita UMNO mahu jawatan ketua sayap pergerakan itu diiktiraf dan diangkat setaraf jawatan Timbalan Presiden UMNO.

Ketuanya, Datuk Dr. Noraini Ahmad, berkata perkara itu akan dibawa ke mesyuarat perhimpunan esok untuk usul khas pindaan perlembagaan sebelum diluluskan.

“Sudah tiba masanya kepemimpinan Wanita diiktiraf, diangkat dan diletakkan ke taraf yang lebih tinggi dalam parti,” katanya dalam ucapan dasar Perhimpunan Agung Wanita UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra, di sini, hari ini.

Noraini berkata, sejak dahulu lagi, Wanita UMNO menjadi aset sangat berharga kepada parti dan tidak pernah putus asa berjuang demi parti dengan memiliki jentera.

Bagaimanapun katanya, semangat saja tidak cukup, sebaliknya Wanita memerlukan satu anjakan dalam politik.

“Usaha meninggikan martabat Wanita ini bukan mudah. Jawatan yang kita perjuangkan ini bukan untuk diri saya, tetapi untuk kita semua.

“Saya mahu Wanita UMNO diakui peranannya dan diletakkan di tempat sewajarnya.

“Justeru, saya meminta sokongan dan mandat daripada seluruh perwakilan yang hadir dalam himpunan ini untuk menyokong supaya Wanita UMNO diberikan ruang untuk diangkat setaraf Timbalan Presiden UMNO,” katanya.

Sementara itu, ketika sidang media, Noraini berkata isu status jawatan Ketua Wanita sering dibincangkan di peringkat tertinggi parti, tetapi hanya kali ini ia dijadikan usul pada perhimpunan agung.

“Perjuangan untuk menaik taraf jawatan Ketua Wanita UMNO bukan baharu, hampir 10 tahun diminta. Kita minta pengiktirafan kepada Wanita UMNO yang mempunyai 1.2 juta ahli,” katanya.

Ditanya apakah selepas ini Ketua Wanita UMNO juga berpeluang menjadi Presiden parti, Noraini tidak menolak perkara itu. – BH Online

Tags: Perhimpunan Agung UMNOWanita UMNO
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

UMNO Sedia Tepis Tangan Sekutu Jika Langgar 3 ‘Garis Merah’ – Tok Mat

UMNO Sedia Tepis Tangan Sekutu Jika Langgar 3 ‘Garis Merah’ – Tok Mat

14/01/2026
0

KUALA LUMPUR: UMNO mengingatkan semua pihak termasuk sekutu politik supaya tidak melanggar tiga 'garis merah' semata-mata kerana parti itu menjadi...

‘Anak Muda Tak Leka Kenang Pencapaian UMNO 40 Tahun Lalu’ – Tok Mat

‘Anak Muda Tak Leka Kenang Pencapaian UMNO 40 Tahun Lalu’ – Tok Mat

14/01/2026
0

KUALA LUMPUR: UMNO perlu berhenti bergantung kepada sejarah sebaliknya merangka pelan hala tuju jelas sebagai persediaan menghadapi tempoh 24 bulan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd