• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, February 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Anak Abby Abadi Meninggal Dunia

oleh
08/12/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BAYI pramatang pasangan Abby Abadi dan suami, Muhammad Faizal disahkan meninggal dunia semalam.

Bayi yang diberi nama Muhammad Danial Firman atau Baby D itu dilahirkan dengan berat 535 gram pada 27 September lalu.

Apa yang menyedihkan ialah Abby dan suami kini berada di Makkah bagi menunaikan umrah sejak 5 Disember lalu.

“Kali terakhir jumpa Baby D iaitu sebelum kami pergi menunaikan umrah. Maafkan Mama dan Abah sayang. Tarik kami masuk syurga nanti ya sayang.

“Urusan jenazah akan disempurnakan hari ini oleh keluarga,” katanya.

Sementara itu, suami Abby di Instagram berkata, dia reda dengan ketentuan Allah SWT.

“Hari kedua kami di Makkah, Baby D meninggalkan kami. Allah pinjamkan dia sekejap sahaja.

“Abah dan Mama reda dengan setiap apa yang Allah tentukan. Sedih sangat sebab tak dapat jumpa buat kali terakhir.

“Abah tak dapat uruskan Baby D. Maafkan Abah sayang. Abah doakan semoga Allah temukan kita di syurga nanti,” katanya.

Terdahulu, Abby selamat melahirkan bayi lelaki itu pada 27 September lalu secara pembedahan selepas mengalami tumpah darah disebabkan tekanan darah tinggi.

Pasangan yang mendirikan rumah tangga pada 14 Ogos 2015 itu turut mempunyai dua anak angkat, Muhammad Daiyan Fayyad dan Maisara Dayana Fathia.

Menerusi perkahwinan terdahulu, Abby dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Mohamed Danish Hakim, 16, Marissa Dania Hakim, 14 dan Maria Danisha Hakim, 11. – myMetro Online

Tags: Abby Abadianak artismeninggal dunia
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bayi 6 Bulan Ditemukan Meninggal Dunia Di Rumah

Bayi 6 Bulan Ditemukan Meninggal Dunia Di Rumah

26/01/2026
0

GEORGETOWN: Bayi lelaki berusia enam bulan ditemukan meninggal di rumahnya, dalam kejadian di sebuah pangsapuri di Ayer Itam, di sini,...

Bung Moktar Sudah Tiada

Bung Moktar Sudah Tiada

05/12/2025
0

KOTA KINABALU: Ahli Parlimen Kinabatangan merangkap Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin meninggal dunia di sebuah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd