• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ada Yang Terasa Kedinginan Di Lembah Klang?

oleh
16/12/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Adakah cuaca di Lembah Klang ketika ini seumpama di tanah tinggi Cameron Highlands atau Genting Highlands apabila seseorang tanpa memakai pakaian tebal akan menggigil kesejukan pada waktu malam tidak kira di dalam atau di luar rumah.

Rakyat Malaysia di Semenanjung diselubungi cuaca sejuk pada waktu malam dan kabus pada waktu pagi, yang turut menyembunyikan Menara Berkembar Petronas, mercu tanda ikonik di sini, daripada dilihat dengan mata kasar.

Kabus itu muncul sehingga kira-kira 10 pagi dan hanya menghilang ketika hari semakin panas. Ada yang mungkin tertanya-tanya adakah jerebu kembali semula kerana langit yang mendung kelihatan seolah-olah dilitupi jerebu.

Kebanyakan kawasan menjadi lembap dan basah kerana hujan sepanjang hari sejak semalam. Dilaporkan tempat letak kereta bawah tanah sebuah pusat beli-belah popular di Cheras di sini, turut dinaiki air ekoran banjir kilat malam tadi.Suhu di seluruh Lembah Klang menurun sehingga 22 darjah Celsius, paling rendah dicatatkan dalam bulan ini kerana negara kini berdepan cuaca sejuk akibat musim Monsun Timur Laut, yang biasanya dikenali sebagai monsun musim sejuk.

Menurut Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), Jailan Simon, ini adalah satu fenomena biasa di Malaysia apabila angin monsun yang terbentuk di rantau Siberia-Mongolia melalui utara China merentasi Laut China Selatan dan Semenanjung.

“Langit yang mendung dan hujan berterusan adalah biasa dalam tempoh ini di kawasan Semenanjung. Ia menyebabkan suhu menurun dan menghasilkan kelembapan yang lebih tinggi yang boleh menyebabkan pembentukan kabus,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata musim sejuk dan hujan akan berterusan, berkemungkinan sehingga awal Februari depan.

Jailan juga berkata hujan lebat berterusan selama beberapa hari boleh mengakibatkan banjir di kawasan yang rendah serta kawasan berisiko banjir dan keadaan itu mungkin menjadi lebih buruk jika hujan lebat berlaku serentak dengan fenomena air pasang.

Musim monsun dijangka berakhir Mac tahun depan.

Untuk rekod, suhu minimum yang dicatatkan di Cameron Highlands pada waktu malam adalah 15 darjah Celsius.

Tags: cuaca sejukkedinginanLembah Klang
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Rapid Bus Laksana Penstrukturan Semula Laluan Bas Terpilih Di Lembah Klang

Rapid Bus Laksana Penstrukturan Semula Laluan Bas Terpilih Di Lembah Klang

11/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Rapid Bus Sdn Bhd (Rapid Bus) akan melaksanakan penstrukturan semula di beberapa laluan bas terpilih di Lembah Klang...

Serbu Rumah Di Lembah Klang, SPRM Jumpa Wang Tunai RM7.5 Juta Dalam Kotak

Serbu Rumah Di Lembah Klang, SPRM Jumpa Wang Tunai RM7.5 Juta Dalam Kotak

18/07/2025
0

KUALA LUMPUR: Wang tunai berjumlah RM7.5 juta ditemui dalam sebuah rumah yang diserbu pasukan penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd