• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

5 Sekeluarga Maut Kereta Rempuh Lori

oleh
20/12/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

HULU SELANGOR – Lima sekeluarga maut selepas kereta dinaiki mereka merempuh belakang sebuah lori tiga tan dalam kejadian di Kilometer 427.5 Lebuhraya Utara Selatan menghala ke selatan pagi tadi.

Mangsa yang maut adalah pemandu kereta, Mohamad Rodzi Abdul Kadir, 52; penumpang di sebelah pemandu, Jamilah Jalim @Jamil, 47, dan penumpang di bahagian belakang,Bashirah Jalim@Jamil, 49; Nur Intan Mohamad Rodzi, 18, dan Nur Shifa Abdul Rashid, 17.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Selangor, Deputi Superintendan Sahimi Husin berkata, kemalangan berlaku apabila lori dalam perjalanan dari Selama, Perak ke Selayang dilanggar dari belakang oleh Perodua Myvi di lorong kiri lebuh raya.

“Akibat kemalangan itu kesemua penumpang kereta disahkan meninggal dunia di tempat kejadian manakala pemandu lori berusia 35 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Lori berkenaan mengalami kerosakan di bahagian belakang manakala Perodua Myvi mengalami kerosakan di bahagian hadapan.

“Mangsa yang maut dibawa ke Hospital Kuala Kubu Bharu untuk dibedah siasat dan kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya

Sementara itu, Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor, Penguasa Kanan Bomba I Hafisham Mohd Noor berkata, anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Sentosa dikerahkan ke lokasi selepas panggilan kecemasan diterima.

Menurutnya, dua mangsa tersepit di bahagian depan kereta berjaya dikeluarkan dengan kerja-kerja pemotongan kenderaan dilakukan oleh anggota bomba.

“Penumpang di bahagian belakang tidak tersepit namun disahkan meninggal dunia di lokasi diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya.

Tags: kemalangan mautrempuh lori
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer menyokong tindakan tegas yang telah diambil terhadap pemandu kereta dipercayai memandu dibawah...

Pemandu Kereta Rempuh Motosikal Di Bawah Pengaruh Alkohol, Dadah

Pemandu Kereta Rempuh Motosikal Di Bawah Pengaruh Alkohol, Dadah

30/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemandu kereta jenis Honda City yang merempuh seorang penunggang motosikal hingga menyebabkan kematian pagi tadi dipercayai memandu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd