• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

2 Pilihan Untuk Kakitangan Media Prima Diberhentikan

oleh
17/12/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Kakitangan Media Prima Bhd. yang terbabit dalam pemberhentian kerja mempunyai dua pilihan untuk mempertahankan hak mereka, kata Menteri Sumber Manusia, M Kulasegaran.

Beliau berkata, ia termasuk mendapatkan pampasan daripada Skim Insurans Pekerjaan (SIP) atau kes mereka boleh dirujuk kepada Jabatan Perhubungan Perusahaan Malaysia (JPPM).

“Jika disingkirkan kerja, mereka ada dua pilihan iaitu mendapat pampasan daripada SIP dan jika ada sebab tertentu seperti dibuang kerja tanpa mengikut undang-undang, ia boleh dirujuk pada JPPM bagi membolehkan kes berkenaan dirujuk pada Mahkamah Perusahaan.

“Di SIP, sesiapa yang dibuang kerja, kita di kementerian akan mencari jalan supaya mereka mendapat pekerjaan lain dan akan menghantar mereka mendapat latihan atau sebagainya,” katanya selepas Hari Bertemu Pelanggan di kementerian terbabit, di sini, hari ini.

Semalam, BH melaporkan Kumpulan Media Prima Berhad memulakan pelaksanaan pelan rasionalisasi tenaga kerja yang juga sebahagian daripada fasa transformasi perniagaan, seperti yang diumumkan pada 1 November lalu.

Struktur operasi baharu dan senarai nama kakitangan yang terbabit sudah ditentukan selepas beberapa sesi rundingan bersama Kesatuan Sekerja Kakitangan Sistem Televisyen Malaysia Berhad, Kesatuan Eksekutif Sistem Televisyen Malaysia Berhad, Kesatuan Kebangsaan Wartawan Malaysia (NUJ) Cawangan NSTP dan Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Akhbar (NUNW) Cawangan NSTP.

Notis rasmi sudah diberikan kepada kakitangan terbabit sejak semalam dan pembayaran pampasan akan dibuat secara penuh selepas proses dalaman dan kawal selia selesai. – BH Online

Tags: media primaNSTPpemberhentian kerja
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

E-Akhbar Terbitan NSTP Tarik Minat Ismail Sabri

05/06/2022
0

KUALA LUMPUR : Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri tertarik dengan E-Akhbar terbitan The New Straits Times Press (NSTP) yang...

Media Prima Jamin Pampasan Secara Adil, Ikut Undang-Undang

16/12/2019
0

SHAH ALAM - Media Prima Berhad (Media Prima) akan memastikan pampasan terhadap pekerjanya yang terlibat dalam pemberhentian dilakukan secara adil...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd