• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

2 Ahli Parlimen Dapat ‘Cuti’ 2 Hari

oleh
03/12/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

DUA Ahli Parlimen iaitu Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman (BN-Pasir Salak) dan Khoo Poay Tiong (PH-Kota Melaka) diarahkan ‘bercuti’ selama dua hari dari menghadiri sidang Dewan Rakyat selepas ingkar arahan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof.

Kekecohan timbul apabila Poay Tiong mahu Tajuddin dirujuk jawatankuasa Parlimen kerana mengeluarkan kenyataan yang tidak sepatutnya terhadap RSN Rayer (PH-Jelutong).

Tajuddin dikatakan bertanyakan soalan kepada Rayer sama ada calit yang diletakkan di dahinya itu adalah abu mayat Chin Peng atau tidak, yang kemudiannya disifatkan Rayer sebagai menghina orang Hindu.

Keadaan dewan kecoh apabila kedua-dua blok kerajaan dan pembangkang saling bertikam mulut sebelum Mohamad Ariff mengeluarkan amaran untuk menghalau sesiapa keluar dari dewan jika terus menimbulkan kekecohan.

Sejurus selepas itu, Mohamad Ariff memutuskan Tajuddin dan Poay Tiong digantung selama dua hari dari menghadiri sidang Dewan Rakyat kerana ingkar arahan untuk bertenang dan duduk.

“Dua-dua keluar dua hari,” kata Mohamad Ariff.

Tajuddin kemudian membalas: “Terima kasih Tan Sri Speaker (Mohamad Ariff)…saya pun ada Perhimpunan Agung UMNO.”

Terdahulu, kekecohan timbul pada sesi soal jawab oleh Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik apabila Rayer mengemukakan cadangan supaya kisah-kisah tokoh pemimpin Pakatan Harapan (PH) dimasukkan dalam silibus pelajaran di sekolah.

Ketika itu, Tajuddin mencelah dan bertanyakan soalan kepada Rayer sama ada yang dicalit pada dahi itu abu mayat Chin Peng atau tidak.

Pertanyaan Tajuddin itu kemudian membangkitkan kemarahan Rayer dan mahu Ahli Parlimen Pasir Salak itu menarik balik kenyataan itu yang disifatkan menghina orang Hindu di negara ini.

“Ini (kenyataan Tajuddin) adalah menghina orang-orang Hindu… saya minta Pasir Salak (Tajuddin) minta maaf,” kata Rayer.

Tajuddin kemudian menjelaskan: “Orang Hindu sahabat baik saya bukan macam Jelutong (Rayer).”

Rayer bangun dan membalas: “YB Barisan Nasional (BN) telah menghina orang Hindu.”

Sejurus selepas itu, Tajuddin kemudian menarik balik kenyataan dibuat sebelum ini terhadap Rayer.

“Saya tarik balik…apa masalah,” katanya.

Keadaan bagaimanapun kembali kecoh apabila kedua-dua blok kerajaan dan pembangkang saling bertikam mulut. – myMetro Online

Tags: Dewan Rakyatkhoo poay tiongTajuddin Abdul Rahman
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Anthony Loke Minta Orang Ramai Kecam MP Tak Sokong Usul Hadkan Tempoh Jawatan PM

Anthony Loke Minta Orang Ramai Kecam MP Tak Sokong Usul Hadkan Tempoh Jawatan PM

02/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook meminta orang ramai mengecam Ahli Parlimen yang tidak hadir...

Usul Had Tempoh PM 10 Tahun Gagal Diluluskan Di Parlimen Satu Tamparan Hebat Dan Memalukan

Usul Had Tempoh PM 10 Tahun Gagal Diluluskan Di Parlimen Satu Tamparan Hebat Dan Memalukan

02/03/2026
0

Memalukan dan tidak pernah berlaku apabila usul pihak kerajaan gagal diluluskan

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd