• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ustaz Azhar Idrus Patah Tangan, Hidung

oleh
05/11/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU – Penceramah bebas, Ustaz Azhar Idrus (UAI) patah tangan kiri dan hidung selepas terjatuh basikal ketika perjalanan pulang ke rumahnya di Jalan Pusara, di sini, petang tadi.

Difahamkan, sebelum kejadian itu, UAI menyertai kayuhan santai bersama Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO Terengganu, Wan Sukairi Wan Abdullah di sekitar bandar raya Kuala Terengganu.

Kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 6.30 petang ketika UAI dalam perjalanan pulang ke rumahnya sebelum basikal ditungganginya tiba-tiba berhenti mengejut menyebabkan penceramah itu terjatuh atas jalan.

Pembantu khasnya, Wan Safari Wan Ahmad, berkata UAI kemudian dikejarkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) bagi mendapatkan rawatan segera.

“Kami bersyukur kerana ketika kejadian, peserta yang mengikuti kayuhan santai masih berada di kawasan berhampiran dan segera menghulurkan bantuan.

“UAI masih dirawat di Unit Kecemasan dan sedang diperiksa pakar. Beliau mungkin menjalani pembedahan segera malam ini.

“Bagaimanapun, ia terpulang kepada keputusan pakar dan doktor yang merawatnya,” katanya ketika dihubungi, malam ini.

Beliau berkata, orang ramai terutama penggemar ceramah atau peminat UAI tidak perlu bimbang atau membuat sebarang spekulasi.

Difahamkan, lapan peserta mengikuti kayuhan santai bermula dari Masjid Khalifah di Jalan Pusara dan ke sekitar bandar raya ini sebelum kembali semula ke masjid berkenaan.

Sementara itu, akaun Facebook Ustaz Azhar Idrus (Original) ada memaklumkan semua kuliah yang sepatutnya disampaikan UAI terpaksa ditangguh sehingga diberitahu kelak kerana beliau perlu berehat akibat terbabit kemalangan berkenaan. – BH Online

Tags: patah tanganpenceramah bebasterjatuh basikalUstaz Azhar Idrus
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lelaki Sebar Video Aib Isteri Tidak Miliki Tauliah Beri Ceramah Agama Sejak 2022

Lelaki Sebar Video Aib Isteri Tidak Miliki Tauliah Beri Ceramah Agama Sejak 2022

06/07/2025
0

SHAH ALAM: Tauliah mengajar agama penceramah bebas yang ditahan polis selepas disyaki terbabit dalam kes penyebaran video seks isterinya, ditarik...

Patah Tangan, Cedera Muka Akibat Terjatuh Di Air Terjun Seri Perigi

Patah Tangan, Cedera Muka Akibat Terjatuh Di Air Terjun Seri Perigi

19/08/2023
0

YAN: Seorang lelaki patah tangan kanan dan cedera di muka akibat terjatuh ketika sedang mandi di Air Terjun Seri Perigi,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd