• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Undi Calon PH Lebarkan Dominasi DAP – DUPP

oleh
01/11/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Dewan Ulamak PAS Pusat (DUPP) menyeru pengundi di Tanjung Piai supaya tidak memberikan sebarang undi kepada calon Pakatan Harapan (PH) bagi mengelakkan kuasa DAP semakin melebar dalam mendominasi pakatan itu.

Ketuanya, Dr. Nik Muhammad Zawawi Salleh menyifatkan tindakan yang menjurus kepada mengekalkan kuasa DAP dalam PH itu satu kemudaratan besar yang mesti dielakkan.

Beliau turut menegaskan pendirian DUPP yang menyokong calon Barisan Nasional (BN) dari parti MCA, Datuk Seri Dr. Wee Jeck Seng dalam PRK Tanjung Piai pada 16 November ini berasaskan kepada semangat Muafakat Nasional yang telah dimeterai antara PAS dan UMNO 14 September lalu.

“Secara asasnya apa sahaja syarat bersama pada perkara yang tidak mengandungi unsur haram dan percanggahan syariat adalah dihormati dan disempurnakan,” katanya dalam kenyataan di sini.

Mengulas lanjut, Ahli Parlimen Pasir Puteh itu berkata, kebiadapan yang ditunjukkan oleh DAP dalam mendominasi PH sangat memberikan kesan negatif ke atas agama Islam, ummah dan negara.

Katanya, walaupun calon Muafakat Nasional adalah bukan Islam namun penentangan DUPP bukan berasas sentimen berlain agama dna bangsa sebaliknya kerana DAP begitu keras memusuhi agenda umat Islam.

“Menyelamatkan negara dan agama Islam dari terus menjadi mangsa kerakusan PH merupakan satu kewajipan pada masa kini. Maka apa sahaja usaha untuk menjayakan kewajipan ini sekaligus juga menjadi wajib,” katanya.

Muhammad Zawawi turut mengingatkan pengundi di Tanjung Piai supaya keluar mengundi dna memilih calon Muafakat Nasional dalam usaha menyelamatkan negara menerusi kerjasama Muafakat Nasional yang telah digerakkan ini secara konsisten dan serius. – MalaysiaGazette

Tags: DAPDUPPPASPRK Tanjung Piai
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Potong Elaun Petrol Ahli Parlimen Tidak Beri Penjimatan Signifikan – Ahmad Fadhli Shaari

Potong Elaun Petrol Ahli Parlimen Tidak Beri Penjimatan Signifikan – Ahmad Fadhli Shaari

29/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen PAS Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari berpandangan cadangan memotong elaun petrol Ahli Parlimen tidak memberikan...

“Ini Pembangkang Paling Tak Berguna?” – Syahir Balas Kritikan KJ

“Ini Pembangkang Paling Tak Berguna?” – Syahir Balas Kritikan KJ

26/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Kenyataan bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang menyifatkan pembangkang hari ini sebagai 'paling tidak berguna'...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd