• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tindakan PH Beri Kad SIM Prabayar Percuma Dipersoal

oleh
10/11/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PONTIAN – Selepas mempertikaikan pengumuman peruntukan dan elaun kepada kepada nelayan, Barisan Nasional (BN) mempersoal tindakan Pakatan Harapan (PH), yang dipercayai memberi kad SIM prabayar secara percuma semasa ceramah umum PH di Tenggayun dekat sini, semalam.

Presiden MCA, Wee Ka Siong berkata adakah pemberian itu satu kebetulan atau dirancang.

Calon MCA mewakili BN bertanding dalam pilihan raya kecil di Tanjung Piai.

“Ceramah PH di PDM Tenggayon pada malam ini (semalam) menyaksikan pengacara mengumumkan kepada para hadirin bahawa sesiapa yang berminat untuk mendapatkan kad SIM Celcom Prabayar secara percuma, boleh mengambilnya dari pihak penganjur di kaunter khas yang disediakan.

“Siap pegawai bagi penerangan, perkhidmatan pelanggan cukup baik, Bolehkah kerajaan PH menggunakan cara ini untuk memancing undi. Halal ke haram?” katanya kepada media di sini.

Wee berkata adakah Bersih 2.0 dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengambil tindakan terhadap PH.

Beliau berkat sudah boleh meramal yang bakal diperkatakan sebagai respons kepada persoalan itu.

“Ia pastinya akan berbunyi, ‘setakat ini kita belum mendapat sebarang aduan’. Bukankah Perdana Menteri (Dr. Mahathir Mohamad) sudah kata peruntukan disalurkan ke Tanjung Piai semasa pilihan raya kecil cuma kebetulan.

“Manakala dua orang menteri kanan PH kata pemberian bantuan semasa pilihan raya kecil bukan satu kesalahan,” katanya.

Khamis lalu, Pengerusi PH Johor, Muhyiddin Yassin berkata kerajaan berhak untuk memberi bantuan kepada rakyat pada bila-bila masa, termasuk bantuan wang RM1,000 kepada nelayan di kawasan Parlimen Tanjung Piai.

Muhyiddin, yang juga menteri dalam negeri berkata, langkah itu merupakan tanggungjawab kerajaan negeri sementara badan pemantau pilihan raya, Bersih 2.0 pula hendaklah menyandarkan kritikan mereka kepada fakta.

Tiga hari lalu, Menteri Besar Johor, Dr. Sahruddin Jamal berkata, seramai 1,513 nelayan di kawasan Johor Selatan, termasuk 544 orang di Tanjung Piai akan menerima bantuan khas nelayan sebanyak RM1,000 bermula minggu depan.

Katanya, pemberian bantuan khas yang dianggarkan bernilai lebih RM1.5 juta itu akan diberikan secara berperingkat melalui tiga fasa.

Berikutan itu, badan pemantau pilihan raya, Bersih 2.0 menyuarakan kekecewaaan terhadap parti kerajaan yang menurutnya menyalahgunakan sumber kerajaan dalam kempen pilihan raya kecil Tanjung Piai yang sedang berlangsung. – FMT

Tags: kad sim prabayarpakatan harapanPRK Tanjung Piai
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Penganalisis: PSB Pesaing Terdekat GPS, Bukan PH

16/12/2021
0

PRN SARAWAK | Parti Sarawak Bersatu (PSB) dilihat sebagai pencabar terdekat gabungan pemerintah, Gabungan Parti Sarawak (GPS) dalam pilihan raya...

Kenapa PN Dan PH Kalah Teruk?

21/11/2021
0

Ini sekadar rumusan awal, jangan serius dan sentap pulak. Pertama, mereka ketandusan idea. Tiada tawaran yang benar² boleh menarik perhatian...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd