• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 21, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tidak Ada Salahnya Chin Tong Bantu Karmaine – Guan Eng

oleh
11/11/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Tiada salahnya bagi Pengerusi DAP Johor, Liew Chin Tong membantu calon Pakatan Harapan (PH) bagi Pilihan Raya Kecil Tanjung Piai Karmaine Sardini untuk berkomunikasi dengan komuniti Cina dalam kawasan pilihan raya itu, kata Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.

“Kami semua berada dalam gabungan PH dan kami mahu membantu satu sama lain, jadi kami menawarkan bantuan itu, untuk menunjukkan bahawa kami (dianggotai) berbilang kaum. Saya tidak nampak di mana salahnya, kami saling membantu sebagai sebahagian daripada sebuah pasukan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Teknikal Tahunan CATA ke-40 di sini hari ini.

Beliau menegaskan Chin Tong tidak diberikan jawatan rasmi, sebaliknya hanya untuk menyokong Karmaine.

Guan Eng berkata demikian ketika diminta mengulas tentang dakwaan Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong bahawa pelantikan Chin Tong mencerminkan ketidakupayaan calon PH untuk menjaga kebajikan masyarakat daripada pelbagai kaum.

Menteri Kewangan berkata memandangkan Chin Tong juga dari Johor, sememangnya bertepatan bagi beliau menawarkan diri untuk membantu Karmaine semasa kempen pilihan raya kecil itu.

“Kami berada dalam gabungan yang sama, jadi kami mahu membantu satu sama lain. Jika ada sesiapa yang menawar diri untuk membantu dalam kawasan pilihan raya saya, saya juga sedia menerimanya,” katanya, dan menambah, beliau akan turut membantu jika diperlukan.

PRK Tanjung Piai pada 16 November ini menyaksikan pertandingan enam penjuru antara Karmaine (PH), Datuk Seri Dr. Wee Jeck Seng (Barisan Nasional), Wendy Subramaniam (Gerakan), Datuk Dr. Badhrulhisham Abdul Aziz (Barisan Jemaah Islamiah) dan dua calon bebas iaitu pengasas pusat tuisyen Dr. Ang Chuan Lock, serta ahli perniagaan Faridah Aryani Abd Ghaffar.

Tags: DAPLiew Chin TongLim Guan EngPRK Tanjung Piai
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Ustaz Azhar Idrus Keluar Wad Hospital Hari Ini

Next Post

“Ini Peluang Bersihkan Nama Saya” – Najib

Related Posts

Gobind Pengerusi Baharu DAP, Guan Eng Dilantik Penasihat, Loke Kekal Setiausaha Agung

Gobind Pengerusi Baharu DAP, Guan Eng Dilantik Penasihat, Loke Kekal Setiausaha Agung

16/03/2025
0

SHAH ALAM: Lim Guan Eng gagal mempertahankan jawatannya sebagai Pengerusi Kebangsaan DAP pada mesyuarat pertama Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) baharu,...

‘Adakah Sebab Saya Menteri Dari DAP?’ – Loke Bidas Pengerusi PAC

‘Adakah Sebab Saya Menteri Dari DAP?’ – Loke Bidas Pengerusi PAC

05/02/2025
0

PUTRAJAYA: Menteri Pengangkutan, Anthony Loke mempersoal tindakan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) untuk memanggil beliau susulan dakwaan kerugian RM500 juta...

Next Post

"Ini Peluang Bersihkan Nama Saya" - Najib

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd