• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 29, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiada Lagi Pelakon Muda Dimekap Tua Mulai 2020 – Finas

oleh
20/11/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Tiada lagi pelakon muda yang akan disolek untuk kelihatan tua bagi memegang watak veteran mulai tahun depan.

Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), Hans Isaac berkata perkara itu dipersetujui stesen penyiar negara ini.

“Penyiar maklumkan kepada kami, sebenarnya mereka juga tidak begitu setuju sebab kadang-kadang terlalu ‘fake’ dan setelah perbincangan, mereka sendiri akan laksanakan perkara ini.

“Mereka akan pastikan produser tak gunakan pelakon muda untuk watak orang tua. Kami gembira apabila mereka setuju dengan kita,” katanya selepas merasmikan Kongres Sangga Artis Veteran 2019, hari ini.

Hans turut memaklumkan pelakon veteran akan mempunyai jam bekerja tertentu dalam produksi sepanjang tahun depan.

“Kita kempen untuk veteran kembali bekerja. Jadi penyiar akan gariskan berapa banyak projek guna artis veteran tahun 2020 ataupun purata tinggi dalam produksi yang guna artis veteran.

“Penyiar akan beri makluman kepada Finas sebelum hujung tahun dan kita harapkan akan dilaksanakan pada Januari ini,” katanya.

Finas dan Kementerian Komunikasi dan Multimedia turut bersetuju untuk menaja 240 artis veteran menerima polisi insurans Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) mulai tahun depan.

Mengulas isu tapisan Netflix, Hans berkata Finas akan memanggil Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Finas, Ahmad Idham Ahmad Nadzri untuk berbincang berkaitan isu tersebut dalam masa terdekat.

“Kita akan minta CEO datang dan jelaskan kenapa beliau berkata begitu. Apa yang beliau kata mungkin peribadi atau niatnya baik atau hasil perbincangan dengan pihak lain, kita tak tahu.

“Tapi setakat ini dari segi lembaga pengarah Finas dan kementerian tidak ada perbincangan. Bagi peluang kepada beliau untuk jelaskan,” katanya.

Beliau turut menegaskan, Finas tidak mempunyai kuasa untuk menapis mana-mana kandungan filem sebaliknya ia di bawah bidang kuasa Lembaga Penapisan Filem (LPF) dan Kementerian Dalam Negeri (KDN).

“Netflix sudah ada tapisan untuk ibu bapa, tak perlu Finas jadi polis untuk Netflix. Finas ada hala tuju dan itu (tapis Netflix) bukan hala tuju Finas.” – FMT

Tags: artis veteranFinasHans Isaacpelakon muda
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Sidang Dewan Rakyat Tertangguh Lagi Akibat Tak Cukup Korum

Next Post

Indeks Harga Pengguna Oktober Naik 1.1 Peratus

Related Posts

Pegawai Kanan Polis Lindungi Kegiatan Haram, Terima Suapan Sejak 2021

Artis Veteran Pukul Abang Ipar Ditahan

25/03/2024
0

KUALA LUMPUR: Polis sudah menahan artis veteran yang didakwa memukul abang iparnya di sebuah flat perumahan yang terletak di Bandar...

FINAS Tiada Kuasa Heret Pelaku Cetak Rompak

FINAS Tiada Kuasa Heret Pelaku Cetak Rompak

12/07/2022
0

KUALA LUMPUR: Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) tidak mempunyai kuasa perundangan untuk mengambil tindakan terhadap mana-mana individu melakukan kesalahan...

Next Post

Indeks Harga Pengguna Oktober Naik 1.1 Peratus

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd