• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 30, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tak Perlu Cadang Siapa Menteri Patut Kekal, Digugurkan

oleh
21/11/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ketua Pembangkang, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengingatkan mana-mana pihak perlu mencampuri urusan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, apatah lagi dengan mencadangkan siapa menteri yang patut kekal atau digugurkan sekiranya rombakan Kabinet berlaku.

Menurutnya, ia adalah kuasa Dr. Mahathir untuk menentukan perkara itu dan menegaskan pihaknya tetap dengan pendirian tersebut sama sebagaimana ketika berada dalam kerajaan sebelum ini.

“Jangan kita campur kuasa PM (Perdana Menteri). Itu kuasa beliau, kita tidak boleh ada cadangan menteri itu ditukar, menteri ini diambil.

“Daripada dulu pun kita sewaktu jadi kerajaan banyak kali diumumkan rombak Kabinet, kita kata itu kuasa PM,” katanya ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini.

Jelas beliau, sekiranya Perdana Menteri mahu merombak Kabinet esok sekalipun, perkara berkenaan tidak boleh dipersoalkan.

“Itu kuasa Perdana Menteri dan dia boleh gunakan kuasa dia bila-bila masa yang dia suka dan sebagainya.

“Kalau nak rombak esok pun boleh. Itu kuasa yang tidak boleh dipersoalkan oleh sesiapa,” katanya.

Semalam, Dr. Mahathir menyatakan beliau akan menimbang desakan agar rombakan Kabinet dibuat selepas kekalahan besar Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai Sabtu lalu.

Menurutnya, beliau akan mendengar pandangan Majlis Presiden PH berhubung desakan berkenaan.

Begitupun, rombakan itu akan mengambil masa kerana memerlukan penelitian yang sempurna sebelum mengubah kedudukan menteri-menteri sedia ada.

Ketika ‘diasak’ soalan siapakah yang beliau rasa perlu digugurkan, Naib Presiden UMNO itu tegas menyatakan, beliau menyerahkan tugas itu kepada Perdana Menteri dan menjelaskan Dr. Mahathir lebih mengetahui mengenai prestasi menteri-menterinya.

“KPI (petunjuk prestasi utama) menteri itu ditetapkan oleh PM. Jadi beliau nak tukar siapa itu berdasarkan kepada KPI sama ada menteri itu sudah mencapai KPI itu atau tidak.

“Terserah kepada PM dan rakyat, jika rakyat sentiasa dengar aduan terhadap menteri itu, maka ia dapat didengar oleh pihak PM sendiri,” katanya. – Sinar Harian

Tags: Ismail Sabri YaakobMahathir MohamadRombakan Kabinet
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Audit 1MDB Boleh Siap Dalam 5 Bulan Tapi Lewat – Ambrin

Next Post

Kempen Salam Taiwan 2020 Pikat Pelancong Muslim

Related Posts

‘Rombakan Kabinet Di Luar Pengetahuan Saya’ – Ahmad Zahid

‘Rombakan Kabinet Di Luar Pengetahuan Saya’ – Ahmad Zahid

12/08/2024
0

GUA MUSANG - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memaklumkan tidak mengetahui apa-apa berkait isu rombakan Kabinet...

PM Bayangkan Rombakan Kabinet Bulan Ini

PM Bayangkan Rombakan Kabinet Bulan Ini

01/12/2023
0

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini membayangkan bahawa rombakan Kabinet akan berlaku dalam bulan ini. IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB...

Next Post

Kempen Salam Taiwan 2020 Pikat Pelancong Muslim

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd