• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, June 5, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Syed Saddiq Alami ‘Soft Tissue Injury’ Akibat Serangan Papagomo

oleh
07/11/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KAJANG – Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman memberitahu Mahkamah Majistret di sini hari ini, pengendali laman blog, Papagomo mencengkam bahu dan leher kirinya sehingga menyebabkan “soft tissue injury” sebelum mengeluarkan perkataan “kau bodoh” di telinganya.

Menceritakan kembali insiden pada hari penamaan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih, Februari lalu, Syed Saddiq, 26, berkata beliau dan tiga lagi pegawainya, Mohd Aizad Roslan, 38, Mohd Amin Bacho, 41, dan Ahmad Redzuan Mohamed Shafi, 29, sedang berjalan ke arah keretanya yang diletak di luar dewan penamaan calon.

“Pada jam 11 pagi itu, jalan yang dilalui kami telah dibuka sekatan oleh polis kerana sesi penamaan calon telah selesai.

“Di sepanjang jalan seberang, ada sekumpulan penyokong parti politik pihak lawan kira-kira 50 ke 100 orang dan mereka mula berulang-ulang mengeluarkan kata-kata kesat seperti ‘babi’, ‘bangsat’ dan ‘hancing’ terhadap kami.

“Kami terus berjalan, tetapi kemudian sekumpulan daripada mereka mula merentasi jalan dan mengepung kami. Apabila dikepung kami rasa cemas, gusar dan takut kerana bilangan mereka lebih ramai daripada kami.”

Ahli Parlimen Muar itu berkata demikian ketika pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Hairuliqram Hairuddin pada hari kedua perbicaraan kes Papagomo atau nama sebenarnya Wan Muhammad Azri Wan Deris, 36, didakwa mengaib dan mendatangkan kecederaan terhadapnya.

Setelah melihat tindakan penyokong lawan, Syed Saddiq berkata, pegawai keselamatannya yang juga saksi pendakwaan pertama, Amin bersama anggota polis trafik dan beberapa sukarelawan unit amal sebuah parti lawan tampil melindunginya.

“Walaupun polis sudah ada di sebelah kiri, ada salah seorang daripada mereka yang dikenali sebagai Papagomo berlari ke arah kami menggunakan jalan parit di sebelah kanan. Dia datang ke sebelah saya dan terus mencengkam bahu dan leher kiri saya.

“Saya terus berjalan ke hadapan dan dia cakap di telinga saya ‘kau bodoh’ dan ada beberapa lagi perkataan yang saya tak dengar kerana keadaan ketika itu mencemaskan,” kata ketua Pemuda PPBM itu.

Katanya, akibat tekanan daripada cengkaman selama tiga hingga lima saat di bahu dan lehernya itu menyebabkan beliau terasa kesakitannya sejurus tiba di rumah.

“Tanpa membazirkan masa, saya terus membuat laporan polis dan pemeriksaan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM). Selepas diperiksa dan melakukan x-ray, doktor memaklumkan ada ‘soft tissue injury’.

“Berikutan itu, saya diberikan suntikan tahan sakit (painkiller) di lengan dan dua jenis ubat untuk dimakan,” katanya.

Ketika ditanya Hairuliqram sekiranya beliau mengenali Papagomo, Syed Saddiq menjawab “Ya” dan membuat pengecaman di dalam mahkamah terhadap lelaki itu selaku orang kena saman (OKS).

Terdahulu, Majistret, Nor Afidah Idris memberi amaran kepada pihak termasuk Papagomo, peguam serta media tidak mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh mengelirukan orang awam dan mengganggu perbicaraan selepas membenarkan permohonan Hairuliqram.

Hairuliqram memohon Papagomo yang diwakili peguam, Nik Saiful Adli Burhan tidak mengeluarkan sebarang kenyataan di media sosial yang boleh mengelirukan orang awam seperti pada 4 November lepas, di mana pihaknya memohon waran tangkap dikeluarkan ke atas Syed Saddiq.

Pada 28 Februari lalu, Papagamo yang juga exco Pemuda UMNO didakwa mengaibkan Syed Saddiq dengan menyebut “ko bodoh” bagi maksud mengganggu kesantunannya di tepi Persiaran Impian Perdana, Saujana Impian pada 11.05 pagi 16 Februari lalu, mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan kedua, dia didakwa sengaja menyebabkan kecederaan di leher dan bahu Syed Saddiq pada masa, tempat dan tarikh sama mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga setahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Perbicaraan bersambung 28 Januari 2020 di depan majistret.

Tags: mahkamahpapagomoprk semenyihSyed Saddiq
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Guru Tanjung Piai Dipaksa Turun Kempen PH – Ahmad Maslan

Next Post

Wan Azizah Syukur Mahathir Serah Jawatan Kepada Anwar

Related Posts

Bapa Dihadap Ke Mahkamah Dakwaan Cederakan Anak lelaki

Bapa Dihadap Ke Mahkamah Dakwaan Cederakan Anak lelaki

11/05/2025
0

KUALA TERENGGANU: Seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas tuduhan mencederakan anak lelakinya yang berusia 13...

Bicara Kes Saman Fahmi Terhadap Papagomo, 2 Lagi Bermula 2 Oktober

Bicara Kes Saman Fahmi Terhadap Papagomo, 2 Lagi Bermula 2 Oktober

05/05/2025
0

KUALA LUMPUR: Perbicaraan kes saman fitnah difailkan Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil, terhadap tiga individu termasuk Wan Muhammad Azri Wan...

Next Post

Wan Azizah Syukur Mahathir Serah Jawatan Kepada Anwar

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd