• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 29, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

SPR Digesa Larang PH Beri RM1,000 Pada Nelayan

oleh
07/11/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) digesa menyatakan larangan terhadap kerajaan Johor yang mahu memberi wang tunai RM1,000 kepada nelayan di Tanjung Piai, minggu depan.

Ahli Parlimen Pontian, Datuk Ahmad Maslan menegaskan, larangan itu akan membuktikan SPR adil kepada semua pihak, kerana pemberian wang tunai pada minggu terakhir kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai itu, salah di sisi undang-undang.

“Saya mohon SPR berlaku adil dan tegas melaksanakan peraturan pilihan raya dengan membuat kenyataan bahawa program seumpama itu tidak patut dilakukan ketika tempoh kempen.

“Dalam sebaran SPR untuk PRK Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau sebelum ini, memberi makan dan minum kepada pengundi pun adalah satu kesalahan, inikan pula beri wang tunai RM1,000 kepada pengundi ketika kempen.

“Saya ingin menyeru Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani serta Kerajaan Johor membatalkan hasrat memberi wang tunai itu kepada nelayan dan menangguhkan sehingga selepas PRK,” katanya pada sidang media di lobi Parlimen, hari ini.

Terdahulu, ketika sesi Waktu Pertanyaan Menteri (QMT), Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Salahuddin Ayub, menjelaskan bantuan khas kepada nelayan di Tanjung Piai itu adalah untuk memenuhi janji Allahyarham Dr. Md Farid Md Rafik yang menyandang kerusi Parlimen itu, kepada penduduk kawasannya.

Ia susulan pengumuman Dr. Sahruddin, semalam bahawa seramai 1,513 nelayan di kawasan Johor Selatan termasuk Tanjung Piai, akan menerima bantuan khas sebanyak RM1,000 bermula minggu depan.

Pada beberapa PRK sebelum ini, SPR pernah berulang kali mengingatkan kepada semua calon bahawa perbuatan ‘membelanja’ pengundi dengan memberi makanan atau minuman untuk meraih undi adalah kesalahan mengikut Seksyen 8 Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

Perbuatan memberi wang tunai untuk meraih undi pula dikategorikan sebagai kesalahan melakukan sogokan mengikut Seksyen 10 Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

Kempen PRK Parlimen Tanjung Piai bermula pada 2 November lalu selepas penamaan calon dan hari pengundian pada 16 November ini.

PRK itu menyaksikan saingan enam penjuru membabitkan calon Pakatan Harapan (PH), Barisan Nasional (BN), GERAKAN, Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (BERJASA) dan dua calon Bebas. – BH Online

Tags: kerajaan JohorNelayanpakatan harapanPRK Tanjung PiaiSPR
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Kebocoran Radioaktif Pos Aviation Sepang, Operasi Dihenti Sementara

Next Post

Pemimpin Pembangkang Kemboja Ditahan Di KLIA

Related Posts

PRK Ayer Kuning: SPR Keluarkan 116 Kertas Undi Pos

PRK Ayer Kuning: SPR Keluarkan 116 Kertas Undi Pos

14/04/2025
0

TAPAH: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengeluarkan 116 kertas undi pos kepada pengundi kategori itu yang berdaftar untuk Pilihan Raya Kecil...

PRK DUN Mahkota 28 September, Penamaan Calon 14 September – SPR

PRK DUN Mahkota 28 September, Penamaan Calon 14 September – SPR

13/08/2024
0

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota, Johor pada...

Next Post

Pemimpin Pembangkang Kemboja Ditahan Di KLIA

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd