• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Seorang Maut, 3 Cedera Dirempuh Bas

oleh
08/11/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGETOWN – Seorang penunggang motosikal maut manakala tiga lagi cedera dalam kemalangan membabitkan lima kenderaan di persimpangan Setia Triangle di Bayan Lepas, di sini, petang tadi.

Dalam kejadian pada kira-kira jam 6.30 petang itu, sebuah bas yang datang dari arah Persiaran Kelicap menuju ke Bayan Lepas hilang kawalan selepas bergesel dengan sebuah kereta yang diletakkan di bahu jalan.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan A A Anbalagan, berkata selepas pergeseran itu, bas berkenaan kemudiannya melanggar sebuah kereta jenis Suzuki Swift yang dipandu seorang wanita yang membawa dua orang anaknya, sebelum melanggar sebuah lagi motosikal yang diletakkan di bahu jalan.

“Bas itu bagaimanapun terus bergerak sehingga ke lampu isyarat di Jalan Datuk Ismail Hasyim dan melanggar sebuah motosikal yang sedang berhenti di lampu isyarat.

“Perlanggaran itu terus berlaku sehingga bas itu melanggar tembok batu pagar sebuah rumah berhampiran,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Anbalagan berkata, penunggang motosikal yang dikenali sebagai Muhammad Saifullah Muhammad Hafeiz, 16, yang juga pekerja sambilan Pizza Hut, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di beberapa anggota badan.

Katanya, pemandu wanita dan dua anaknya kini sedang menerima rawatan di sebuah hospital swasta dan dilaporkan dalam keadaan stabil.

“Siasatan awal mendapati bas berkenaan mengalami masalah brek, namun kita akan tetap menjalankan ujian air kencing terhadap pemandu bas terbabit,” katanya.

Anbalagan berkata, pemandu bas berumur 49 tahun itu kini ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Katanya, mayat dihantar ke Hospital Balik Pulau bagi proses bedah siasat. – BH Online

Tags: Bas Persiarandirempuh baskemalangan maut
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer menyokong tindakan tegas yang telah diambil terhadap pemandu kereta dipercayai memandu dibawah...

Pemandu Kereta Rempuh Motosikal Di Bawah Pengaruh Alkohol, Dadah

Pemandu Kereta Rempuh Motosikal Di Bawah Pengaruh Alkohol, Dadah

30/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemandu kereta jenis Honda City yang merempuh seorang penunggang motosikal hingga menyebabkan kematian pagi tadi dipercayai memandu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd