• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Salahuddin Keluar Kenyataan Rasis, Menghasut Disiasat

oleh
06/11/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PONTIAN – Sehingga kini polis telah menerima lapan laporan polis sepanjang hari berkempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai sejak penamaan calon 2 November lalu.

Daripada lapan laporan polis itu, sebanyak tiga kertas siasatan telah dibuka polis untuk disiasat lanjut.

Ketua Polis Daerah Pontian, Superintendan Mustafa Bakri Salleh berkata, tiga kes siasatan yang dibuka adalah aduan melibatkan bilboard calon Gerakan ditumbangkan pada 3 November lalu dan insiden bendera Pakatan Harapan (PH) dicabut di kawasan Kampung Kebun Baru Permas pada 5 November lalu.

Katanya, kedua-dua kertas siasatan itu dibuka dan sedang disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

“Manakala kertas siasatan ketiga dibuka untuk kes laporan polis berkaitan satu rakaman video yang diviralkan melibatkan ucapan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Salahuddin Ayub dalam satu perjumpaan tertutup di Sekolah Jenis Kebangsaan Pei Chio Kukup Laut yang dikatakan mengeluarkan kenyataan berunsur perkauman dan menghasut.

“Polis masih siasat kesemua kes itu dan belum ada sebarang tangkapan dibuat setakat ini dan siasatan akan diteruskan untuk melengkapkan bukti,” katanya dalam sidang media kempen PRK Tanjung Piai di sini hari ini.

Ditanya mengenai perkembangan siasatan kes menghasut oleh Salahudin yang laporan polis dibuat oleh Pergerakan Pemuda UMNO Tanjung Piai – phaknya tidak menolak kemungkinan akan memanggil menteri berkenaan untuk disoal siasat.

“Masih dalam siasatan lagi. Tengok pada keadaan nanti (rakam keterangan Salahuddin)..kalau kita perlu kita akan lakukan.

“Kita tengok petang ini nanti..setakat ini masih dalam siasatan lagi.

“Kita cuba mempercepatkan siasatan dan ada pasukan ditubuhkan oleh pihak Jabatan Siasatan Jenayah so mana-mana terlibat bawah laporan kita mana-mana terlibat dibawah akta kesalahan Pilihanraya 1954 akan dikendalikan siasatan dan pasukan kita akan dipercepatkan dalam siasatan ini,” ujarnya lagi.

Tambahnya, kes Salahuddin disiasat di bawah Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan dan Akta Komunikasi dan Multimedia 2002 dan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-dua sekali jika disabitkan kesalahan manakala Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia yang memperuntukkan denda RM50,00 atau penjara selama tempoh setahun atau kedua-duanya sekali.

Ditanya mengenai perkembangan laporan polis ke atas calon Barisan Nasional, Datuk Seri Wee Jeck Seng melibatkan tender projek pas kemasukan kenderaan (VEP), katanya, kes itu telah dirujuk kepada Suruhanjaya Pencerahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Ini kita serahkan kepada SPRM untuk mereka tentukan di bawah seksyen mana perlu disiasat..(kes Jeck Seng) itu kita sudah rujuk kepada SPRM untuk tindakan lanjut,” tegasnya.

Tags: menghasutperkaumanrasisSalahuddin Ayub
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Guru Buat Laporan Polis Terima Mesej Perkauman Daripada Penghantar Makanan

Guru Buat Laporan Polis Terima Mesej Perkauman Daripada Penghantar Makanan

23/04/2025
3

GEORGE TOWN - Seorang guru wanita berusia 27 tahun dari Machang Bubok, Seberang Perai Tengah membuat laporan polis selepas menerima...

Perbicaraan Muhammad Sanusi Atas Pertuduhan Menghasut Bermula Esok

Perbicaraan Muhammad Sanusi Atas Pertuduhan Menghasut Bermula Esok

21/07/2024
2

Kuala Lumpur : Perbicaraan kes Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor atas dua pertuduhan menghasut berhubung isu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd