• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, January 31, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Saham Tempatan Murah Tapi Gagal ‘Goda’ Pelabur

oleh
18/11/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Biarpun pasaran saham tempatan merudum namun ia gagal menarik pelabur-pelabur asing untuk melabur di negara ini menyebabkan ekuiti-ekuiti tempatan berada pada paras paling rendah di rantau ini.

Saham-saham tempatan telah jatuh ke paras nilai terendah dalam sedekad ini.

Namun pakar-pakar kewangan menyifatkan kejatuhan harga sahaja tidak mencukupi untuk ‘menggoda’ para pelabur menghadapi risiko politik negara yang semakin meningkat.

Ketua Pegawai Pelaburan Ekuiti Asia di UBP Asset Management Asia Ltd., Michiel van Voorst memberitahu Bloomberg, “penilaian tanpa pemangkin tidak mencukupi.

Sebaliknya, kitaran keuntungan perlu ditambah baik melalui peningkatan tambahan.

Sejak Pakatan Harapan (PH) menang secara mengejut pada Pilihan Raya Umum Ke-14 tahun lalu, para pelabur asing telah membawa keluar berbilion-bilion dolar daripada pasaran tempatan sebagai langkah berjaga-jaga.

Setakat tahun ini sebanyak AS$2 bilion dibawa keluar.

Aliran keluar modal Malaysia adalah terburuk dalam pasaran-pasaran baru muncul Asia dengan saiz lebih besar berbanding Thailand, yang menyaksikan sejumlah AS$446 juta dibawa keluar.

Pelbagai perkara yang menyumbang kepada keadaan itu, yang menurut Bloomberg sebahagiannya disebabkan oleh pembatalan projek infrastruktur utama kerajaan daripada pentadbiran terdahulu.

Pelabur juga berhati-hati dengan pergolakan politik lanjutan pilihan raya umum yang belum berakhir kerana PH masih harus menangani peralihan kuasa daripada Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Ketidakpastian tentang siapa yang akan menjadi perdana menteri yang akan datang dan kemajuan kecil dalam dasar kerajaan tidak menjadikan Malaysia menonjol di antara negara-negara lain,” ketua pegawai pelaburan Ang Kok Heng di Phillip Capital Management.

Memulihkan keyakinan pelabur di Malaysia kini menjadi semakin terdesak untuk PH selepas ia mengalami kekalahan hebat dalam pilihan raya kecil Tanjung Piai pada Sabtu lalu. – Agensi

Tags: bursa malaysiapasaran sahamPelabur asing
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Serangan Israel Ke Atas Iran Cetus Panik Sementara Dalam Pasaran

Serangan Israel Ke Atas Iran Cetus Panik Sementara Dalam Pasaran

13/06/2025
0

KUALA LUMPUR: Serangan tentera Israel ke atas Iran dijangka mencetuskan jualan panik sementara dalam pasaran saham serantau termasuk Bursa Malaysia,...

Bursa Malaysia Lancar Pasaran Karbon Sukarela Akhir 2022

Bursa Malaysia Lancar Pasaran Karbon Sukarela Akhir 2022

15/08/2022
0

KUALA LUMPUR : Bursa Malaysia Bhd akan melancarkan Pasaran Karbon Sukarela (VCM) pada akhir tahun ini yang akan membolehkan syarikat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd