• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, February 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ringgit Diunjur 4.14-4.16 Minggu Depan

oleh
16/11/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ringgit dijangka didagangkan dalam jajaran kecil minggu depan, bergerak dalam lingkungan 4.14 dan 4.16 berbanding dolar AS, memandangkan rundingan perdagangan AS-China terus menguasai sentimen pasaran.

Ketua Strategi Pasaran Asia AxiTrade, Stephen Innes berkata, beliau menjangkakan sentimen ke atas ringgit akan bertambah baik, namun bergantung kepada perkembangan rundingan perdagangan tersebut.

“Saya masih merasa optimistik sedikit (akan) minggu depan berikutan nada perbincangan perdagangan yang menyakinkan selepas penasihat ekonomi White House, Larry Kudlow dilaporkan berkata bahawa persetujuan fasa pertama hampir tercapai.

“Bagaimanapun, kita masih perlu mendengar pengumuman Presiden Donald Trump mengenai kemungkinan penarikan balik tarif,” katanya kepada Bernama.

Sementara itu, penganalisis pasaran FXTM, Han Tan berkata, minggu depan peningkatan melepasi 4.16 berbanding dolar AS akan membawa tumpuan ke arah 4.19, manakala penurunan di bawah purata pergerakan 200 hari pada 4.14, akan membawa semula kepada paras 4.12.

“Ringgit kekal dipengaruhi oleh faktor luar, dengan perjanjian perdagangan AS-China masih tidak menentu disebabkan sentimen risiko global,” katanya sambil menambah bahawa minat terhadap risiko kekal sensitif terhadap sebarang perkembangan luar.

“Kesabaran pelabur akan diuji semasa menunggu berita mengenai masa dan lokasi pemeteraian perjanjian perdagangan AS-China, dengan butiran utama berpotensi mencetuskan kenaikan untuk mata wang Asia,” katanya.

Di samping itu, minit mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan bagi Oktober akan menjadi tumpuan, kerana para pelabur cuba menilai syarat-syarat yang boleh mendorong Fed untuk menentukan dasarnya sekali lagi.

Indeks harga pengguna bulan Oktober di Malaysia, yang akan dikeluarkan Rabu depan, dijangka turun satu peratus pada Oktober, lebih perlahan daripada 1.1 peratus pada September dan 1.5 peratus pada Ogos.

“Dengan Bank Negara Malaysia menjangkakan inflasi meningkat namun kekal sederhana pada 2020, ini menunjukkan bahawa bank pusat mungkin kurang tertekan oleh faktor-faktor tempatan dalam menyesuaikan pendirian dasarnya, dan pada masa yang sama teus berjaga-jaga terhadap tekanan luaran,” kata Tan.

Ringgit mengakhiri minggu ini lebih tinggi berbanding dolar AS pada 4.1515/1545 apabila para pelabur bertindak balas positif ke atas pertumbuhan suku ketiga (Q3) Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), yang memenuhi jangkaan pasaran.

Berdasarkan perbandingan Jumaat ke Jumaat, nota tempatan lebih rendah berbanding dolar AS pada 4.1310/1360 Jumaat lepas.

Unit tempatan juga rendah berbanding dolar Singapura pada 3.0468/0501 daripada 3.0377/0418 dan berbanding yen kepada 3.8186/8217 daripada 3.7774/7830.

Ringgit menyusut berbanding euro kepada 4.5725/5762 daripada 4.5594/5666 dan rendah berbanding pound kepada 5.3430/3473 daripada 5.2906/2986. 

Tags: Dolar ASRinggit Malaysia
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ringgit Terus Melonjak Untuk Ditutup Pada Paras RM3.91 Sedolar Hari Ini

Ringgit Terus Melonjak Untuk Ditutup Pada Paras RM3.91 Sedolar Hari Ini

28/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Ringgit terus melonjak bagi hari ketiga berturut-turut, ditutup pada paras 3.9175 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Rabu...

Ringgit Dijangka Terus Meningkat, Sasar Ke Bawah 4.00 Sedolar Minggu Hadapan

Ringgit Dijangka Terus Meningkat, Sasar Ke Bawah 4.00 Sedolar Minggu Hadapan

25/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Ringgit dijangka diniagakan lebih tinggi susulan sentimen pelabur yang kekal optimis terhadap mata wang tempatan, dengan sasaran untuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd