• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 27, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rakyat Malaysia Terkandas Kongsi Detik Cemas Rusuhan Bolivia

oleh
15/11/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – “Dengan jalan keluar masuk kenderaan ditutup di semua tempat dan sekali sekala kedengaran bunyi tembakan amaran dengan gas pemedih mata yang dilepaskan, saya turut merasa pedihnya meskipun menginap dalam hostel”.

“Bunyi deruman jet pejuang kedengaran setiap hari (pada sebelah) petang sejak tiga hari lepas,” kata seorang rakyat Malaysia, yang terkandas di Bolivia kerana dilanda ketegangan politik, kepada Bernama menerusi WhatsApp.

Muhammad Syameen Abd Raub yang bercuti di La Paz, ibu kota Bolivia sejak Sabtu lepas berkata pengusaha hostel yang didiaminya mengambil langkah berjaga-jaga menurunkan papan tanda hostel supaya tidak menjadi sasaran penunjuk perasaan yang ingin mengambil kesempatan dengan keadaan politik semasa negara itu.

“Nasib baik, penunjuk perasaan tidak melalui lorong hostel kami. Tiada perintah berkurung dikenakan setakat yang saya tahu, cuma tidak digalakkan keluar.

“Mula-mula keadaan dijangka aman setelah presiden Bolivia ketika itu (Evo Morales) letak jawatan, tetapi sekarang penyokongnya pula melakukan protes di jalanan,” kata doktor gigi berusia 28 tahun yang berasal dari Kampung Delek, Klang, Selangor.

Bolivia terjerumus dalam kekacauan apabila penunjuk perasaan membantah keputusan pilihan raya presiden pada Oktober lalu yang menyaksikan Morales mengumumkan kemenangannya untuk penggal keempat.

Morales kemudian dipaksa meletak jawatan pada Ahad selepas menerima tekanan daripada tentera dan polis.

Pada Selasa, beliau tiba di Mexico selepas diberikan suaka politik. Naib Speaker Kedua Senat, Jeanine Anez mengumumkan dirinya sebagai presiden sementara.

Lantaran pergolakan itu, nasihat perjalanan dikeluarkan oleh kedutaan United Kingdom dan Amerika Syarikat di Bolivia.

Mengulas lanjut, Syameen berkata hampir keseluruhan sistem pengangkutan darat ketika ini lumpuh namun melalui maklumat terbaru yang diterimanya, lapangan terbang sudah mula beroperasi dan membolehkannya untuk keluar dari negara tersebut.

“Nasihat saya kepada mereka yang ingin ke Bolivia, batalkan perjalanan kalau sudah beli tiket penerbangan. Mereka sendiri (rakyat Bolivia) tidak tahu sampai bila perkara ini akan berlanjutan.

“Tangguh dulu perjalanan sehingga keadaan stabil,” katanya.

Syameem berkata pegawai konsular kedutaan Malaysia di Peru sentiasa berhubung dengan beliau menerusi e-mel dengan menasihatkannya supaya sentiasa berada dalam hostel sehingga keadaan kembali aman.

“Isu mendapatkan bekalan makanan tidak menjadi masalah sebab ada restoran dalam hostel yang didiami,” katanya.

Mengenai jadual perjalanan seterusnya, Syameem bercadang pergi ke Argentina menerusi penerbangan esok.

“Kalau ikutkan, ia cuma mengambil masa 20 minit untuk sampai ke lapangan terbang dari hostel dan saya akan minta pihak hostel uruskan teksi untuk saya,” katanya.

Tags: Boliviarakyat MalaysiaRusuhan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Isu Permit Kempen Rumah Ke Rumah Jejas Kredibiliti SPR

Next Post

Siew Sin Tak Macam Guan Eng – Najib

Related Posts

Rakyat Malaysia Dinasihat Tinggalkan Iran Serta-merta – Wisma Putra

Rakyat Malaysia Dinasihat Tinggalkan Iran Serta-merta – Wisma Putra

17/06/2025
0

SHAH ALAM - Rakyat Malaysia yang berada di Iran dinasihatkan untuk meninggalkan negara tersebut serta-merta melalui apa jua kaedah selamat...

Polis Sahkan Penyanyi Rap Antara 3 Rakyat Malaysia Ditahan Di Laos

Polis Sahkan Penyanyi Rap Antara 3 Rakyat Malaysia Ditahan Di Laos

13/06/2025
0

KUALA LUMPUR: Bukit Aman mengesahkan seorang penyanyi rap antara tiga lelaki rakyat Malaysia yang ditahan pihak berkuasa Laos, dipercayai cuba...

Next Post

Siew Sin Tak Macam Guan Eng - Najib

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd