• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Prosiding Kes Rogol Exco Perak Sekali Lagi Ditangguh

oleh
19/11/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Mahkamah Tinggi Ipoh menetapkan 26 November ini bagi mendengar permohonan pihak pembelaan untuk memindahkan kes rogol membabitkan Exco Kerajaan Negeri Perak, Paul Yong Choo Kiong ke Mahkamah Tinggi.

Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Mohd Radzi Harun membuat keputusan itu selepas pihak pembelaan memohon penangguhan prosiding itu apabila Paul Yong yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tronoh perlu menghadiri sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) yang berlangsung sehingga Jumaat ini.

Timbalan Pendakwa Raya, Ainul Wardah Shahidan ketika ditemui berkata, prosiding hari ini adalah bagi mendengar permohonan pihak pembelaan untuk kes itu dibicarakan di Mahkamah Tinggi Ipoh.

“Atas permohonan pihak pembelaan hari ini juga, mereka memohon satu penangguhan dan Mahkamah Tinggi telah membenarkan permohonan itu.

“Dalam permohonan ini, mereka ada memfailkan afidavit sokongan dan kami sebagai pihak responden akan memfailkan afidavit jawapan ini esok setelah menerima permohonan itu pada 15 November lalu,” katanya.

Sementara itu, peguam, Farhan Sapian berkata, pada tarikh tersebut akan ada hujahan dari kedua-dua pihak bagi permohonan kes itu dipindahkan dan didengar dari Mahkamah Sesyen ke Mahkamah Tinggi.

Rabu lalu, Mahkamah Sesyen membenarkan penangguhan perbicaraan kes rogol tersebut apabila pihak pembelaan diketuai Datuk Rajpal Singh memfailkan permohonan memindahkan kes itu ke Mahkamah Tinggi mengikut Seksyen 417 Kanun Tatacara Jenayah.

Pada 23 Ogos lalu, Paul Yong didakwa merogol pembantu rumahnya di sebuah bilik di tingkat atas kediamannya di Jalan Desa Meru 2, Taman Desa Meru, dekat Ipoh antara jam 8.15 malam hingga 9.15 malam, 7 Julai lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan, boleh dihukum penjara hingga 20 tahun dan dikenakan sebat. – Sinar Harian

Tags: ADUN DAPExco Perakpaul yong choo kiongrogol pembantu rumah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Segera Ke Klinik, Hospital Jika Ada Simptom Cacar Monyet – Exco Perak

Segera Ke Klinik, Hospital Jika Ada Simptom Cacar Monyet – Exco Perak

26/08/2023
0

Orang ramai di negeri ini dinasihat supaya segera ke klinik atau hospital berhampiran jika terdapat gejala cacar monyet (mpox). (Ada...

Kes Buli: Pelajar Sekolah Sukan Ditendang, Dipijak Senior – EXCO Perak

Kes Buli: Pelajar Sekolah Sukan Ditendang, Dipijak Senior – EXCO Perak

26/07/2023
0

IPOH : Kerajaan negeri menunggu laporan penuh berhubung siasatan kes buli di sebuah sekolah sukan negeri di Gunung Rapat, di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd