• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Projek Perintis Bike-Hailing Bermula Januari Depan

oleh
05/11/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Projek perintis perkhidmatan bike–hailing yang juga dikenali teksi motosikal akan dilaksanakan di Lembah Klang bermula Januari depan.

Pelaksanaan projek perintis atau ‘proof of concept’ (POC) akan berlangsung enam bulan sebagai syarat yang ditetapkan Kementerian Pengangkutan bertujuan mengawal selia perkhidmatan pengangkutan awam dan barangan bermotosikal itu.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke memberi jaminan perkhidmatan bike-hailing akan dikenakan syarat yang setara dengan apa yang ditetapkan ke atas perkhidmatan e-hailing.

Katanya, kementerian pada masa ini dalam proses membangunkan rangka perundangan dan syarat bagi perkhidmatan itu seperti Dego Ride dan GoJek.

“Memandangkan proses pindaan undang-undang akan mengambil masa termasuk memerlukan pembentangan dan kelulusan di Parlimen, kerajaan bersetuju supaya syarikat perniagaan pengantaraan berminat menyediakan melaksanakan projek perintis.

“Sepanjang tempoh POC berkenaan, mereka boleh membuat persiapan dan pengujian pelaksanaan perkhidmatan bike-hailing.

“Tempoh ini juga membolehkan kerajaan dan syarikat terbabit mengumpul data, menilai tahap permintaan, menilai tahap penerimaan dan keperluan operasi lain,” katanya ketika sesi waktu pertanyaan menteri di Dewan Rakyat, di sini, hari ini.

Beliau menjawab pertanyaan Nik Nazmi Nik Ahmad (PH-Setiawangsa) yang ingin penjelasan bila projek perintis bagi perkhidmatan ride-hailing seperti Dego Ride dan Gojek akan dimulakan.

Loke berkata, bagi tujuan keselamatan dan penyeragaman, kementerian turut menetapkan beberapa syarat yang perlu dipatuhi syarikat pengendali dalam melaksanakan proses POC berkenaan.

Syarat yang perlu dipatuhi ialah lokasi perkhidmatan hanya di sekitar Lembah Klang, kecuali jika ada permintaan di kawasan lain.

Pemandu ride-hailing perlu memiliki lesen memandu penuh dan berumur tidak kurang daripada 18 tahun, begitu juga dengan penumpang selain hanya seorang pembonceng dibenarkan dalam satu masa.

Pemandu juga perlu menggunakan tanda dan tanda motosikal yang jelas serta hendaklah mematuhi semua peraturan jalan raya sepenuhnya.

Kementerian Pengangkutan bersama agensi lain seperti Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sedang memperincikan semua peraturan dan tatacara selain semua persiapan di peringkat pentadbiran berkaitan pelaksanaan POC.

Kerajaan membenarkan perkhidmatan bike-hailing sebagai satu kaedah untuk meningkatkan tahap liputan perkhidmatan awam di negara ini.

Ia diharapkan mampu menjadi satu komponen penting dalam usaha negara untuk menyediakan satu sistem pengangkutan yang menyeluruh kerana kemampuannya sebagai perkhidmatan penghubung dalam fasa ‘first and last mile connectivity’. – BH Online

Tags: bike-hailingDego Ridegojekteksi motosikal
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Penunggang Dego Ride Perlu Diwajibkan Lesen PSV

02/01/2020
0

PETALING JAYA - Kerajaan pimpinan Pakatan Harapan (PH) digesa memberikan layanan sama terhadap penunggang perkhidmatan e-hailing motosikal pertama negara, Dego...

Teksi Motosikal Dego Ride Kembali Beroperasi Hari Ini

01/01/2020
0

KUALA LUMPUR - Perkhidmatan teksi motosikal tempatan, Dego Ride kembali beroperasi hari ini setelah mendapat kelulusan khas daripada Kabinet. Menteri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd