• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, December 6, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Permit Kempen Rumah Ke Rumah, Kerajaan PH ‘Tidak Siuman’

oleh
15/11/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PONTIAN – Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan menyifatkan kerajaan Pakatan Harapan (PH) ‘tidak siuman’ gara-gara tindakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengeluarkan arahan mendapatkan permit berkempen dari pintu ke pintu sepanjang pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai.

Beliau berkata, keputusan suruhanjaya itu di bawah pentadbiran kerajaan PH tidak pernah berlaku di bawah kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum ini.

Menurutnya, tindakan itu seolah-olah cuba melemahkan pembangkang pada saat akhir sebelum menjelangnya hari mengundi, 16 November ini.

“Tak tahulah undang-undang apa yang mereka guna untuk PRK ini.

“Hari ini peguam negara pun dah nyatakan ia sebagai satu kesilapan. Tetapi kalau kerajaan hendak permit juga memanglah menunjukkan bahawa kerajaan ini tak siuman,” katanya ketika berceramah pada Himpunan Penyatuan Ummah dan Sambutan Maulidur Rasul peringkat negeri Johor sempena PRK, Tanjung Piai di Pekan Nanas di sini malam ini.

Hadir sama Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi; Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Penasihat Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Najib Tun Razak; Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong dan Presiden MIC, Datuk Seri Vigneswaran.

Mengulas perkara sama, Mohamad berkata, kepimpinan kerajaan PH pada hari ini tidak ada hala tuju dan buktinya ditunjukkan menerusi arahan ‘tidak masuk akal’ berkenaan.

Terdahulu, polis menetapkan semua parti dan calon yang bertanding dalam PRK tersebut perlu mendapatkan permit bagi kempen yang dibuat dari rumah ke rumah.

Pengerusi SPR, Datuk Azhar Azizan Harun dalam satu kenyataan berkata, polis turut menetapkan program tinjauan mesra yang turut dianggap sebagai kempen bergerak dan perlu mempunyai tempoh masa serta lokasi yang jelas bagi tujuan pemantauan.

Bagaimanapun, Jabatan Peguam Negara hari ini mengeluarkan kenyataan yang bertentangan terhadap arahan SPR itu.

Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas menjelaskan, kempen seperti itu oleh calon dan jentera parti tidak memerlukan permohonan permit daripada polis berdasarkan Seksyen 24B (3) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954. – Sinar Harian

Tags: kempen rumah ke rumahpakatan harapanpermit polisPRK Tanjung Piai
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Penganalisis: PSB Pesaing Terdekat GPS, Bukan PH

16/12/2021
0

PRN SARAWAK | Parti Sarawak Bersatu (PSB) dilihat sebagai pencabar terdekat gabungan pemerintah, Gabungan Parti Sarawak (GPS) dalam pilihan raya...

Kenapa PN Dan PH Kalah Teruk?

21/11/2021
0

Ini sekadar rumusan awal, jangan serius dan sentap pulak. Pertama, mereka ketandusan idea. Tiada tawaran yang benar² boleh menarik perhatian...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd