• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 28, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pergelangan Kaki Belakang Bangkai Gajah Pygmy Dipotong

oleh
05/11/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KINABATANGAN – Kedua-dua pergelangan kaki belakang bangkai gajah pygmy, yang ditemuI terapung di Sungai Kinabatangan kelmarin, didapati dipotong dengan objek tajam.

Ketua Polis Daerah Kinabatangan, Superintendan Dzulbaharin Ismail, berkata bedah siasat ke atas bangkai berkenaan petang tadi semalam bagaimanapun sukar menentukan jenis alat pemotong yang digunakan dan sama ada perbuatan itu dilakukan sebelum atau selepas haiwan itu mati.

“Bangkai gajah itu ditemukan dalam keadaan tidak sempurna. Hanya bahagian belakang badan sehingga kaki belakang gajah yang ditemukan.

“Veterinar daripada Jabatan Hidupan Liar Sabah, Dr. Bong Ai Yin, mengatakan bangkai gajah itu mungkin hanya tinggal lebih kurang 30 peratus daripada keseluruhan gajah kerana selebihnya dipercayai dimakan oleh buaya atau biawak,” katanya dalam satu kenyataan di sini, malam tadi.

Dzulbaharin berkata, bedah siasat diketuai Dr. Bong bersama dua pegawai daripada Unit Penyelamat Hidupan Liar ke atas bangkai itu mendapati gajah berkenaan mati kira-kira seminggu lalu.

Katanya, bangkai yang ditemukan di Santuari Hidupan Liar Lot 7, Sungai Kinabatangan ditunda semalam dengan menggunakan bot ke tepi anak Sungai Koyah Kinabatangan untuk proses bedah siasat.

Turut hadir pada bedah siasat itu ialah wakil Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Kinabatangan, Pejabat Hidupan Liar Kinabatangan dan Jabatan Perhutanan.

Dzulbaharin berkata, hasil bedah siasat turut mendapati bangkai adalah gajah jantan jenis pygmy dan pemeriksaan luaran menggunakan pengesan logam tidak menemui kesan tembakan atau serpihan peluru.

Katanya, punca kematian gajah belum dapat dipastikan dan empat sampel sel diambil daripada otot dan kulit gajah berkenaan untuk dihantar ke Jabatan Kimia bagi ujian analisis.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 25(1) Enakmen Pemeliharaan Hidupan Liar 1997 dan akan diklasifikasikan semula setelah laporan bedah siasat penuh diperoleh,” katanya.

Tags: bangkai gajahGajah Pygmy
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

PAS Kaji Hubungan Dengan BERJASA

Next Post

15 Negara Muktamad RCEP Tanpa India

Related Posts

Lagi Bangkai Gajah Pygmy Ditemui Di Sabah

04/11/2019
0

KINABATANGAN - Bangkai seekor lagi gajah Pygmy, yang ketiga, ditemui di Sungai Kinabatangan pagi semalam. Pengarah Hidupan Liar Sabah, Augustine...

5 Daripada 6 Suspek Bunuh Gajah Pygmy Dibebaskan

08/10/2019
0

TAWAU - Lima daripada enam suspek yang disyaki terbabit dalam pembunuhan seekor gajah Pygmy yang ditemui di kawasan hulu Sungai...

Next Post

15 Negara Muktamad RCEP Tanpa India

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd