• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, December 6, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penyiasat MH17 Dedah Panggilan Telefon Pegawai Rusia, Suspek

oleh
15/11/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

THE HAGUE – Pasukan penyiasat antarabangsa yang meneliti kes tembak jatuh pesawat MH17 di Ukraine mendedahkan panggilan telefon yang menunjukkan kaitan rapat antara pegawai kanan Rusia dan suspek insiden terbabit.

Panggilan tersebut dilaporkan menimbulkan persoalan tentang kemungkinan penglibatan pegawai Kremlin termasuk Menteri Pertahanan Sergei Shoigu dan Vladislav Surkov, pembantu kanan Presiden Rusia Valdimir Putin berhubung pelepasan misil yang menembak jatuh pesawat Malaysia Airlines itu pada tahun 2014.

Menurut siasatan, panggilan turut mendedahkan kaitan lebih rapat antara Kremlin dan pejuang pemisah Republik Rakyat Donetsk (DPR) di timur Ukraine.

“Terdapat panggilan telefon hampir setiap hari antara kepimpinan DPR dan kenalan mereka di Rusia.

“Mereka bercakap dengan pemimpin di Moscow berhampiran sempadan dengan Ukraine dan di Crimea. Kebanyakkan komunikasi berlangsung menerusi telefon dibekalkan perkhidmatan keselamatan Rusia,” kata pasukan penyiasat diketua Belanda itu dalam satu kenyataan.

Kementerian Luar Rusia bagaimanapun menyangkal dakwaan berkenaan.

Pasukan penyiasat disertai Australia, Belgium, Malaysia, Ukraine dan Belanda merayu lebih banyak saksi tampil menjelang perbicaraan pada 9 Mac tahun depan membabitkan tiga warga Rusia dan seorang warga Ukraine yang juga ahli DPR.

Kesemua 298 penumpang pesawat MH17 dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur terbunuh setelah ia ditembak misil BUK buatan Rusia di timur Ukraine.

Terdahulu, penyiasat berkata misil itu dibawa ke Ukraine dari sebuah briged anti-pesawat tentera Rusia berpengkalan di bandar Kursk. – Agensi

Tags: Malaysia AirlinesMH17pesawat ditembak
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Malaysia Airlines Kini Penerbangan Rasmi Manchester United

Malaysia Airlines Kini Penerbangan Rasmi Manchester United

22/03/2024
0

KUALA LUMPUR : Malaysia Airlines menjalin perkongsian strategik global dengan kelab bola sepak Inggeris, Manchester United (MU) apabila dinamakan sebagai...

9 Tahun Berlalu, Keluarga Masih Menunggu Jawapan Punca Kehilangan MH370

9 Tahun Berlalu, Keluarga Masih Menunggu Jawapan Punca Kehilangan MH370

07/03/2023
0

KUALA LUMPUR: Sembilan tahun berlalu tanpa sebarang berita yang jelas mengenai kehilangan penerbangan MH370, menyebabkan ahli keluarga mangsa masih menaruh...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd