• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pengantin Baharu Antara 2 Maut Nahas Di Tapah

oleh
13/11/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TAPAH – Sudah tentu saya sedih kerana kami baharu sahaja melangsungkan pernikahan Sabtu lepas, demikian luahan suami mangsa kemalangan maut di Tapah, Azman Syah Gusti.

Isterinya Salwati Yaakob, 28, meninggal dunia di tempat kejadian dalam kemalangan membabitkan lapan kenderaan di KM317 Lebuh Raya Utara Selatan arah selatan di sini, malam tadi.

Azman Shah, 28, juruteknik di Setapak, Kuala Lumpur berkata ketika kejadian dia dan isteri bersama seorang lagi rakan wanita isterinya dalam perjalanan dari Kuala Kedah, Kedah untuk pulang ke Kuala Lumpur.

“Kami melangsungkan majlis perkahwinan hujung minggu lalu di kampung halaman isteri di Kuala Kedah dan sepatutnya majlis persandingan pihak keluarga lelaki akan diadakan di Sungai Buloh, Selangor pada 24 November ini.

“Saya terima dengan reda walaupun sedih dengan pemergiannya,” katanya ketika ditemui di perkarangan Unit Forensik Hospital Tapah di sini, hari ini.

Ibu Salwati, Zaimah Hamim, 46, berkata anak sulung daripada tujuh beradik tersebut tidak menunjukkan sebarang perubahan sebelum dia dan suaminya bertolak dari Kuala Kedah kira-kira 6 petang semalam.

“Makcik berborak seperti biasa dengan arwah sebelum mereka pulang ke Kuala Lumpur, tak nampak apa-apa perubahan pun,” katanya memaklumkan anak perempuannya bekerja sebagai kerani di sebuah syarikat swasta.

Ketua Polis Tapah, Superintendan Superintendan Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, kemalangan pada 11.15 malam itu melibatkan empat lori, kenderaan pacuan empat roda jenis Pajero, Perodua Myvi dan Axia serta Honda Accord.

Wan Azharuddin berkata turut maut di lokasi ialah Beh Xiu Zhung, 5, penumpang Pajero.

Kemalangan dipercayai berlaku apabila lori muatan kertas yang dalam perjalanan ke Kuala Lumpur hilang kawalan dan melanggar belakang kenderaan Perodua Axia dan seterusnya menyebabkan pelanggaran antara kenderaan yang lain.

Tags: kemalangan mautLebuhraya Utara Selatanpengantin baharu
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer menyokong tindakan tegas yang telah diambil terhadap pemandu kereta dipercayai memandu dibawah...

Pemandu Kereta Rempuh Motosikal Di Bawah Pengaruh Alkohol, Dadah

Pemandu Kereta Rempuh Motosikal Di Bawah Pengaruh Alkohol, Dadah

30/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemandu kereta jenis Honda City yang merempuh seorang penunggang motosikal hingga menyebabkan kematian pagi tadi dipercayai memandu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd