• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 24, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pemuda UMNO Bidas Ucapan Menteri ‘Rasis, Cauvinis’

oleh
05/11/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Pemuda UMNO hari ini mengkritik seorang menteri persekutuan ketika berkempen di Pilihan Raya Kecil Tanjung Piai dengan menyifatkan kenyataannya rasis dan cauvinis.

Ketua Pemuda UMNO, Asyraf Wajdi Dusuki mendakwa Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Salahuddin Ayub membuat kenyataan itu pada satu perjumpaan tertutup dengan pengundi di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Pei Chio di Kukup Laut.

Katanya, satu klip video tersebar yang didakwa ucapan itu menunjukkan Salahuddin berkata, Malaysia akan menjadi huru-hara jika Barisan Nasional kembali berkuasa, dengan tembakan dan kebakaran berlaku di merata tempat.

Asyraf yang merupakan bekas timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata, kenyataan itu melanggar Seksyen 4A (1) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 kerana cuba mengembangkan perasaan jahat atau permusuhan.

“Kempen PRK Tanjung Piai tidak seharusnya dijadikan medan menyemarakkan api perkauman sebagaimana yang sering dilakukan Pakatan Harapan (PH) dalam siri-siri kempen PRK terdahulu,” katanya dalam kenyataan hari ini merujuk Menteri Sumber Manusia, M Kula Segaran.

Kula ketika berkempen untuk calon PH di Rantau pada April lalu berkata, beliau malu jika pengundi India tidak menyokong Dr. Streram Sinnasamy.

Naib pengerusi DAP itu kemudiannya berkata, ucapannya dipetik di luar konteks.

Asyraf menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya mengambil tindakan terhadap Salahuddin, “walaupun kesalahan itu dilakukan seorang menteri”. – FMT

Tags: cauvinisPemuda UMNOPRK Tanjung PiairasisSalahuddin Ayub
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Hakim Ketuai Inkues Beng Hock Didakwa Rasuah Esok

Next Post

Singapura Dedah Kerajaan PH Mohon Tangguh RTS Memalukan

Related Posts

KSN Sayu, Mesyuarat Kabinet Tanpa Salahuddin

KSN Sayu, Mesyuarat Kabinet Tanpa Salahuddin

25/07/2023
0

PUTRAJAYA : Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali, menyifatkan mesyuarat Jemaah Menteri yang berlangsung di Perdana Putra di...

Salahuddin Meninggal Dunia

Salahuddin Meninggal Dunia

23/07/2023
0

Alor Setar: Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Seri Salahuddin Ayub meninggal dunia pada jam 9.23...

Next Post

Singapura Dedah Kerajaan PH Mohon Tangguh RTS Memalukan

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd