• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pakaian Gimnastik: Syed Saddiq Mahu Tahu Pendirian Terengganu

oleh
10/11/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mahu mengetahui pendirian kerajaan Terengganu berhubung isu pakaian atlet gimnastik wanita.

Merujuk kepada maklum balas kerajaan Terengganu kepada Channel News Asia (CNA) yang berpangkalan di Singapura hari ini bahawa negeri itu tidak akan membenarkan atlet gimnastik wanita negeri menyertai pertandingan kerana bimbang isu pakaian, menteri berkata ia bercanggah dengan persetujuan awal negeri pantai timur itu.

Sebelum ini, negeri itu menyatakan akan membenarkan atlet gimnastik wanitanya mengambil bahagian dalam Sukan Malaysia tahun depan, katanya.

“Mereka memberitahu saya bahawa mereka akan membenarkan atlet gimnastik mengambil bahagian dalam Sukma. Perkara itu tidak akan menjadi masalah.

“Bagaimanapun, pada masa yang sama, menyatakan perkara lain apabila ditanya oleh media. Ketidakpastian membunuh bakat,” katanya dalam kumpulan WhatsApp media kementeriannya.

Laporan khas CNA “Dreams dashed for Terengganu’s aspiring female gymnasts as state bars them from competitions over attire concerns” melaporkan garis panduan baru sukan kerajaan Terengganu boleh menjejaskan impian atlet gimnastik berbakat.

Syed Saddiq tidak akan bertolak ansur dalam isu itu dan memastikan masa depan atlet sukan berkenaan terjamin.

“Saya akan segera mengadakan mesyuarat untuk menyelesaikan isu ini. Sekiranya benar, Kementerian Belia dan Sukan akan mengambil alih daripada Majlis Sukan Negeri Terengganu dan menyerap atlet muda mereka yang didiskriminasi.

“Saya secara peribadi akan bertemu dengan para atlet yang terlibat untuk memastikan masa depan mereka dalam sukan gimnastik tidak terjejas,” katanya.

Tags: gimnastikpakaian atletSyed Saddiq
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Peguam Negara Arah Terus Rayuan Kes Syed Saddiq, Terima Apa Jua Keputusan Akhir Mahkamah Persekutuan

Peguam Negara Arah Terus Rayuan Kes Syed Saddiq, Terima Apa Jua Keputusan Akhir Mahkamah Persekutuan

17/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Peguam Negara mengarahkan rayuan akhir pendakwaan terhadap pembebasan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman daripada sabitan...

‘Kebenaran Akan Menang’ – Syed Sadiq Luah Reaksi Yakin Selepas Mahkamah Persekutuan Arah Pendakwaan Nilai Semula Rayuan

‘Kebenaran Akan Menang’ – Syed Sadiq Luah Reaksi Yakin Selepas Mahkamah Persekutuan Arah Pendakwaan Nilai Semula Rayuan

12/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yakin 'kebenaran akan menang' meskipun keputusan prosiding rayuan pendakwaan untuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd