• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

NUTP Mahu Maszlee Kekal Sebagai Menteri Pendidikan

oleh
26/11/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) mahu Dr. Maszlee Malik kekal sebagai Menteri Pendidikan sekiranya berlaku rombakan Kabinet.

Setiausaha Agungnya, Harry Tan Huan Hock berkata, Maszlee memainkan peranan penting dan besar di Kementerian Pendidikan (KPM) untuk melaksanakan tugas reformasi yang dipikul olehnya.

“Tanggungjawab beliau amat berat kerana terlibat dengan pelbagai permasalahan di 41 bahagian di KPM termasuk Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Pengurusan Sumber Manusia, Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional, Lembaga Peperiksaan serta pelbagai lagi termasuk menguruskan lima juta pelajar dan 500,000 kakitangan.

“Malah, permasalahan yang diutarakan melibatkan guru telah diambil tindakan segera oleh menteri tersebut termasuk rungutan beban guru yang kini sudah mula dikurangkan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas desa-desus rombakan Kabinet dalam masa terdekat walaupun Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menafikan khabar angin tersebut.

Dalam pada itu, Harry berkata, NUTP juga menyelar tindakan undian dalam talian sebuah portal berita mengenai menteri yang patut digugurkan dalam rombakan Kabinet.

“NUTP berpandangan dapatan undian tersebut tidak menggambarkan keseluruhan sentimen rakyat terutama daripada guru dan warga pendidik.

“Keputusan undian tersebut mendapati masyarakat tidak memperoleh makluman sebenar mengenai usaha-usaha menteri berkenaan dalam menyelesaikan isu-isu guru,” katanya.

Menurutnya, NUTP yang mewakili 230,000 ahli serta rakan kongsi penting KPM juga melihat banyak perubahan sedang berlaku di sekolah sekarang termasuk pemansuhan peperiksaan bagi murid tahap 1 yang melibatkan pelajar tahun satu, dua dan tiga.

Dr. Maszlee, 45, ialah Ahli Parlimen Simpang Renggam.

Beliau dilantik sebagai Menteri Pendidikan pada Mei 2018 selepas Dr. Mahathir membentuk kerajaan Pakatan Harapan selepas Pilihan Raya Umum ke-14 pada 9 Mei 2018.

Tags: Maszlee MalikMenteri PendidikanNUTPRombakan Kabinet
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

TERKINI: Kabinet Baharu Kerajaan MADANI

TERKINI: Kabinet Baharu Kerajaan MADANI

16/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan pelantikan anggota pentadbiran Kerajaan MADANI yang baharu di Bangunan...

Johari Ghani Dilantik Menteri Pelaburan, Perdagangan Dan Industri

Johari Ghani Dilantik Menteri Pelaburan, Perdagangan Dan Industri

16/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani, dilantik Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri yang baharu melalui...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd